In What City Does It Live? Dibarisi Aktor Mantap Malaysia

In What City Does It Live, Dibarisi, Aktor, Mantap, Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Filem Malaysia


KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Filem In What City Does It Live? (IWC) bakal menguji keupayaan pengarah Liew Seng Tat untuk terus menghasilkan karya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas filem pertamanya, Flower in the Pocket (2007) memenangi banyak anugerah di pelbagai festival filem antarabangsa, misalnya Pusan, Rotterdam, Fribourg, Deauville dan Pesaro.

Namun menariknya tentang IWC adalah apabila karya ini diilhamkan ketika dia berada di Cannes Director's Residence - Cinefoundation dan pernah menyertai 2011 Sundance Screenwriters Lab.

IWC sebuah filem yang disokong oleh barisan organisasi yang impresif dari pelbagai benua termasuk Sundance (USA), Hubert Bals Fund (Belanda), Prince Claus (Belanda), Torino Film Lab (Itali), Foundation Gan (Perancis), World Cinema Fund (Jerman) dan Visions Sud Est (Switzerland) telah memulakan penggambaran pada bulan Disember 2012.

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia turut membiayai filem ini melalui Geran Industri Kreatif.

IWC merupakan filem kedua yang memang cukuo dinanti-nantikan bagi Liew Seng Tat. Begitu juga dengan sinematografi diterajui Teoh Gay Hian yang mempunyai pengalaman luas termasuk menghasilkan Soegija and Opera Jawa arahan Garin Nugroho serta At the End of Daybreak dan Rain Dogs (arahan Ho Yuhang).


Ia merupakan sebuah filem yang memuatkan semangat hidup bermasyarakat di kampung dengan sentuhan humor dan sentimental. Filem ini adalah tentang peristiwa dan kepercayaan tahyul yang timbul akibat kehadiran seorang pendatang dari Afrika yang bersembunyi di sebuah kampung.

Filem ini mempunyai barisan pelakon Malaysia yang mantap diketuai oleh Wan Hanafi Su. Filem ini turut dibintangi Harun Salim Bachik, Sofi Jikan, Jalil Hamid, Azhan Rani, Normah Damanhuri, Roslan Saleh, Acong and Azman Hassan.

Ia diterbitkan Sharon Gan dan merupakan terbitan bersama Everything Films Sdn Bhd (Malaysia) dengan Volya Films (Belanda), Mandra Films (Perancis) dan Flying Moon Filmproduktion (Jerman). IWC akan menamatkan penggambaraan pada Januari 2013.


Sinopsis Filem

Anak tunggal Pak Awang bakal melangsungkan perkahwinan dan beliau ingin menghadiahkan anaknya rumah sebagai hadiah perkahwinan. Kerana tidak mampu membeli rumah baru, beliau mendapat akal untuk memindahkan dan membaik pulih sebuah rumah lama di kampung berhampiran.

Di sebalik khabar angin mengatakan rumah itu berhantu, beliau berjaya menyakinkan penduduk kampung membantu beliau memindahkan rumah, dengan mengangkat ia balik ke kampung.

Solomon ialah seorang pendatang haram yang berdagang di jalanan dan mengalami masalah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Kuala Lumpur. Beliau memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri dan tidak melibatkan diri dengan sendikit penipuan yang banyak dijalankan rakan senegaranya.

Malang tidak berbau apabila dia bertembung dengan masalah dan terpaksa melarikan diri. Dia melompat ke dalam lori yang sedang bergerak dan akhirnya dibawa ke kampung. Ketika merayau-rayau dia menemui rumah yang sedang dipindahkan itu dan bersembunyi di dalamnya.

Petang yang sama, seorang penduduk kampung melintas rumah itu dan ternampak kelibat hitam (Solomon) di dalamnya. Dia ketakutan dan kembali ke kampung untuk memberitahu semua orang. Tiada yang melihat Solomon sepenuhnya dan ini menimbulkan khabar angin yang rumah itu berhantu. Ini menimbulkan kekacauan di kampung dan menunda perpindahan itu.

Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Sedangkan Pak Awang semakin diasingi oleh orang kampungnya sendiri, Solomon gembira dengan 'rumah' baru beliau dan menjadi penghuni tetap rumah itu. Tetapi sampai bila?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers