Salamiah Hassan Kecewa Dilaporkan Menghidap Kanser!


Salamiah Hassan, Kecewa, Dilaporkan, Menghidap, Kanser, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 6 JAN 2012: Penghibur sepanjang zaman, Salamiah Hassan yang juga ibu kepada penyanyi Atilia Haron mengakui dirinya sedih, kecewa dan terkilan apabila dia dilaporkan menghidap penyakit kanser payu dara oleh sebuah media elektronik.

"Memang betul saya menghidap kanser payu dara, tapi kejadian itu telah berlaku pada 25 tahun yang lepas dan waktu itu saya tidak cakap dengan sesiapa pun. Dan, sebaik saja mendapat tahu bahawa saya meghidap penyakit itu di peringkat awal, saya telah menjalani beberapa rawatan.

"Alhamdulillah, rawatan itu berjaya dan selepas itu saya telah pun disahkan pulih daripada menghidap kanser sepenuhnya," kata Salamiah Hassan kepada murai.com.my.

Jelas Salamiah Hassan lagi, dia tahu bagaimana pihak media elektronik itu mampu mengeluarkan laporan yang sebegitu tanpa mengesahkan dulu perkara itu daripadanya.

"Barangkali ia ada kena mengena dengan acara amal berkaitan dengan kanser payu dara yang saya lakukan baru-baru ini. Saya telah diminta berkongsi pengalaman saya tentang apa yang saya lalui sewaktu menghidap kanser payu dara. Tapi, mungkin mereka sangka saya sedang menghidap penyakit itu.

"Apapapun, disebabkan berita yang tidak benar ini, saya telah menerima panggilan daripada ramai pihak iaitu keluarga dan rakan-rakan. Mereka terkejut serta tidak menyangka dengan apa yang mereka dengar serat cukup mengambil berat tentang keadaan diri saya dan mahu membantu sedaya yang boleh.

"Ahli keluarga saya pulak bertanya bila saya dapat balik penyakit kanser itu. Jadi saya terpaksa jelaskan pada mereka semua iaitu keluarga dan rakan-rakan bahawa apa yang mereka dengar itu tidak betul sama sekali.

"Bahawasanya, Alhamdulillah saya masih sihat walafiat serta tidak menghidap kanser," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers