KUALA LUMPUR, 8 JAN 2013: Meskipun berbangga dengan pencapaiannya yang tersenarai sebagai Top 5 bagi kategori Muzik Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-55 (APFF 55) yang telah berlansung di Macau, China pada 13 hingga 16 Disember lalu, namun pemuzik, Loque Monoloque agak kecewa apabila dia tidak diberitahu secara peribadi dan rasmi oleh pihak Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Finas bahawa namanya tercalon di dalam kategori tersebut.
Lebih mengecewakan Loque Monoloque apabila dia hanya mendapat tahu berita gembira itu daripada rakan artis lain seperti Bront Palarae.
"Saya agak terkilan dengan sikap pihak yang sepatutnya memberitahu saya mengenai berita gembira ini. Saya hanya dapat tahu, selepas Bront menulis di akuan Twiiter saya dan mengucapkan tahniah selepas mengirimkann sekeping gambar iaitu sijil yang saya perolehi di sana.
"Saya bukan minta untuk pergi ke sana tetapi sekurang-kurangnya saya dihargai atau diberitahu secara peribadi oleh pihak berkenaan mengenai perkara ini, bukan daripada pihak atau individu lain. Tindakan mereka ini seperti mengambil remeh sahaja terhadap kredibiliti saya sebagai seorang pemuzik," katanya kepada murai.com.my
Walaupun Malaysia antara negara yang gagal meraih sebarang anugerah di APFF 55, namun penggiat industri hiburan tanah air patut berbangga kerana Malaysia masih berjaya tercalon dalam 5 kategori di dalam festival tersebut, sekaligus membariskan pengkarya seni negara di peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Asia.
Lima karya atau pengkarya yang berjaya berada di peringkat akhir itu adalah filem Bunohan yang berada di kategori Filem Terbaik, diikuti pengarahnya Dain Said yang tercalon dalam kategori Pengarah Terbaik serta filem Bunohan juga berjaya dicalonkan dalam Sinematografi Terbaik oleh Charin Pengpanitch. Sementara filem Songlap juga berjaya tercalon di dalam dua kategori lain iaitu Lakon Layar Terbaik oleh Fariza Azlina Isahaka dan Muzik Terbaik oleh Loque Monoloque.
Selain itu, Loque turut melahirkan rasa terkilan kerana orang-orang yang berada di belakang tabir sepertinya kurang diiktiraf dan diberi perhatian oleh masyarakat atau peminat seni tanah air.
"Saya pun tak faham mengapa orang-orang seperti saya ini kurang diiktiraf. Memang kami tidak menonjol ketika filem atau drama ditayangkan tetapi kami merupakan nadi untuk sesebuah filem itu.
"Sebagai pemuzik yang menghasilkan muzik untuk sesebuah filem, kami juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjayakannya.
"Jadi, jika ada orang yang berfikir orang di belakang tabir ini tidak penting , mereka itu adalah orang yang cetek pemikirannya kerana hanya melihat dari luarannya sahaja tanpa memikirkan aspek-aspek lain. Saya rasa mentaliti itu perlu diubah atau dihapuskan," luahnya lagi.
Selain Songlap, Loque juga turut mengubah muzik latar untuk filem Chow Kit dan Kami Histeria. Mengenai perkembangan terbarunya, dia kini sedang dalam proses menghasilkan sebuah album baru Monoloque.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.