Malam Amal Tahajjud Cinta Bersama Siti Ditunda!


Malam, Amal, Tahajjud, Cinta, Bersama, Siti, Ditunda, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 15 JAN 2013: Majlis makan malam amal Fareeda Mempersembahkan Malam Amal Tahajjud Cinta Bersama Dato' Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 30 Januari 2013 jam 8 malam di Grand Hyatt Kuala Lumpur, akan ditunda kepada 3 April 2013 pada waktu dan lokasi yang sama.

Perkara ini telah diumumkan oleh pihak FAREEDA dan Yayasan AIDS Malaysia selaku penganjur menerusi siaran akhbar yang dihantar kepada pihak media dengan menyatakan bahawa pindaan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan. Pihak penganjur juga turut menyatakan kekesalan mereka terhadap kesulitan yang timbul akibat pindaan tersebut.

Malam Amal Tahajjud Cinta direncanakan bagi meraih dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan, iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia dalam usaha membangunkan program-program pendidikan, pencegahan, rawatan, jagaan dan sokong bantu HIV & AIDS di Malaysia. FAREEDA, pereka tudung dan busana Muslimah terkemuka, merupakan penaja utama majlis, manakala Grand Hyatt Kuala Lumpur adalah hotel rasmi untuk majlis amal berkenaan.

Berkonsepkan muzik kerohanian, majlis bakal menampilkan persembahan eksklusif oleh Dato' Siti Nurhaliza, Selebriti Sokongan Reben Merah Yayasan AIDS Malaysia, yang komited menjalankan kempen-kempen kesedaran awam tentang HIV & AIDS.

FAREEDA dan Yayasan AIDS Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua khususnya para dermawan dan rakan media atas sokongan padu terhadap majlis Malam Amal Tahajjud Cinta.

Yayasan AIDS Malaysia akan memaklumi pihak-pihak yang telah membuat tempahan meja makan malam tentang pindaan tarikh ini dalam tempoh yang terdekat. Untuk sumbangan atau maklumat lanjut tentang Malam Amal Tahajjud Cinta, sila hubungi En Jasmin Jalil menerusi talian 03-40474311 atau emel jasmin@mac.org.my atau En Johary Jalil 03-40474277 / johary@mac.org.my

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers