Dapatkan Tiket Untuk Berjumpa Bintang K-POP Sekarang!


Dapatkan, Tiket, Untuk, Berjumpa, Bintang, K-POP, Sekarang, Hiburan, Malaysia, Korean


KUALA LUMPUR, 3 JAN 2013: Sebanyak 22 bintang K-Pop terkenal telah pun mengesahkan kedatangan mereka ke Malaysia pada 15 dan 16 Januari ini sempena Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards (GDA) di Litar Sepang Antarabangsa.

Bintang K-Pop tersebut ialah Infinite, K. Will, Secret, Sister, BAP, B1A4, Beast, FX, Juniel, Teen Top, Shinee, CN Blue, FT Island, T-Ara, Super Junior, Epik High, G-Dragon, Lee Hi, Ailee, Kara, Exo-k dan Hyuna 4Minute.

Selain mengesahkan kedatangan, Hyuna yang datang berseorang tanpa ahli 4 Minute yang lain turut disahkan bakal mengadakan persembahan pada malam anugerah tersebut.Apa yang pasti, Hyuna bakal berduet dengan salah seorang ahli Beast iaitu Jang Hyun menerusi lagu berjudul Trouble Maker.

Memandangkan anugerah ini baru pertama kali dianjurkan di Malaysia, pihak penganjur telah mengesahkan bahawa sambutan jualan tiket amat menakjubkan. Bagaimanapun, peminat masih berpeluang untuk mendapatkan tiket berharga RM 688 dan RM999 di www.ticketpro.com.my.

Tambah istimewa, bagi pembaca murai.com.my, anda boleh mendapat dua pasang tiket berharga RM688 secara percuma dengan menghantarkan gambar gaya K-Pop dan sebab menarik untuk ke anugerah ini ke emel tanyaajieb@gmail.com.

Pemenang bertuah bakal dihubungi pengacara KesSahNya, Ajieb Rosdi berdasarkan gambar menarik dan sebab yang paling kreatif. Siapa tahu, dengan tiket tersebut, anda bukan saja berpeluang menonton anugerah ini tetapi anda boleh bersemuka dengan bintang K-Pop kegemaran anda.

GDA mula dianjurkan pada 1986 dan sering dirujuk sebagai Anugerah Grammy Korea. Ia adalah anugerah yang paling berprestij di Korea Selatan. Anugerah ini dianjurkan untuk menunjukkan muzik K-Pop ke peringkat lebih tinggi selain menghargai pencapaian anak seni muzik Korea.

Kategori anugerah dibuat berdasarkan muzik yang paling popular berpandukan industri muat turun digital sambil mengukuhkan kreativiti muzik pop dan mencari artis berbakat

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers