Entourage Amir Jahari Di AJL 27 Paling Meriah!


Entourage, Amir Jahari, Di, AJL 27, Paling, Meriah, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 6 JAN 2012: Berjaya melangkah kaki ke final Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27), pastinya merupakan satu kejayaan yang besar buat penyanyi Amir Jahari. Lebih-lebih lagi apabila membawakan sendiri lagu ciptaan dan nyanyiannya, Tanpamu yang punya kelainan tersendiri apabila memiliki elemen pop rock jazz dengan pengaruh reggae yang cukup menyenangkan.

Malah, pasti yang ramai yang akan tertanya apakah elemen kejutan yang cuba dilakukan oleh Amir Jahari apabila pertama kali beraksi di pentas AJL 27 pada malam ini nanti.

Ketika diwawancara, pengurus Amir Jahari iaitu Joseph Lee Cheng Kim atau Joe Lee berkata, dalam banyak-banyak peserta, Amir Jahari adalah satu-satunya calon yang bakal beraksi dengan entourage yang paling meriah.

"Jumlah entourage Amir Jahari pada malam ini nanti adalah seramai 30 orang dan ini termasuklah rakan-rakan pemuziknya, Go Gerila, 6 orang penyanyi latar, 12 orang stompers dan 4 orang artis (pelukis).


"Saya pasti ramai yang akan tertanya-tanya apakah yang bakal Amir lakukan dengan mereka semua ini di atas pentas. Saya tidak boleh reveal apa-apa buat masa ini.

"Tunggu dan lihat sajalah nanti persembahan Amir pada malam ini dan apa yang menariknya 3 daripada 6 orang penyanyi latar Amir nanti terdiri daripada rakan-rakan penyanyi di Akademi Fantasia dan selebihnya daripada Aswara," katanya kepada murai.com.my.

Ditanya mengenai kos membawa kesemua entourage berkenaan, Joe Lee yang juga merupakan blogger terkenal iaitu klubbkiddkl berkata, dia akui pihaknya memang tidak punya bajet wang yang cukup untuk membiayai entourage tersebut.

"Namun, kita bersyukur kerana mendapat tajaan daripada Blackberry," katanya.

Jangan lupa saksikan persembahan Amir Jahari menerusi lagu Tanpamu di AJL 27 yang bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers