Aizat Akui `Last Minute` Diminta Ganti Tempat Yuna


Aizat, Akui, `Last Minute, Diminta, Ganti, Tempat, Yuna, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 4 JAN 2013: Penyanyi, Aizat Amdan akui terkejut apabila diminta oleh penyanyi Yuna atau Yunalis Zarai yang mahu dia menggantikan tempatnya dalam menyanyikan lagu Terukir Di Bintang pada Anugerah Juara Lagu ke- 27 (AJL 27) pada 6 Januari nanti.

Bagaimana pun, Aizat Amdan berkata pertolongan yang diterima pada di saat-saat akhir itu dilakukan atas dasar belas kasihan kawan serta cuba untuk memberikan yang terbaik.

"Saya terkejut juga apabila diminta untuk menggantikan tempat Yuna yang baru diberitahu pagi semalam. Bukan apa, terlalu last minute untuk saya terima dan membuat segala persiapan sebelum hari pertandingan.

"Namun, saya terima sahaja dengan niat ingin menolong rakan saya sendiri. Yelah kawan minta tolong tak akan saya nak tolak," katanya kepada murai.com.my

Sebelum ini, telah digembar gemburkan penyanyi Uji Rashid yang akan menggantikan tempat Yuna. Namun secara tiba-tiba, pihak penganjur telah menghantar kenyataan akhbar rasmi kepada semua pihak media pada malam semalam untuk memaklumkan bahawa penyanyi yang bakal menggantikan tempat Yuna adalah Aizat dan bukannya penyanyi 70-an tersebut.

Ditanya bagaimana perisapan di saat-saat akhirnya sebelum hari pertandingan, Aizat sehingga kini masih mencari bentuk persembahan yang akan dilakukan di pentas AJL 27 itu nanti.

"Terus-terang sehingga kini saya masih memikirkan apa yang akan saya lakukan nanti. Apa yang pasti, saya akan membuat persembahan bersama band Yuna.

"Saya dan band Yuna baru berjumpa semalam dan saya akan cuba memberikan terbaik pada malam itu. Apa yang penting sekarang ni saya perlu hafal betul-betul lirik lagu Terukir Di Bintang. Kita lihat sahaja nanti," jelasnya lagi.

Terukir Di Bintang hasil ciptaan sepenuhnya Yuna merupakan lagu ke-9 yang akan dipersembahkan pada AJL 27 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Ahad ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers