Patah Seribu -Shila Amzah Bakal Dijulang Juara AJL 27?


Patah, Seribu, Shila Amzahk Bakalk Dijulangk Juara AJL 27, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 8 JAN 2013: Sebanyak 12 buah lagu akan berentap untuk merebut gelaran juara pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu yang ke 27 (AJL 27) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam ini (6 Januari 2013)

Pasti ramai yang sedang sibuk meramalkan lagu manakah yang bakal dijulang sebagai juara AJL 27 nanti. Namun, kalau melihat pada senarai barisan 12 buah lagu yang dipertandingkan, nyata agak sukar juga untuk menentukan lagu manakah yang layak bergelar juara kerana kesemua lagu tersebut mempunyai kehebatan serta kekuatan masing-masing dan pasti ia akan membuahkan persaingan yang cukup sengit pada malam ini.

Bagaimanapun, tumpuannya nampaknya lebih diberikan kepada beberapa lagu yang menjadi kegemaran ramai iaitu seperti Patah Seribu, Ombak Rindu, Terukir Di Bintang serta Ku Akui.

Namun, Patah Seribu disebut-sebut sebagai lagu yang paling layak untuk bergelar juara AJL 27. Bukan hanya disebabkan lagu itu baru saja memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19), namun lagu ciptaan dan nyanyian Shila Amzah sepenuhnya ini mempunyai keunikan serta kelainannya yang tersendiri iaitu sebuah lagu balada yang tidak tipikal dan cukup segar dari segi melodi dan komposisinya. Malah, liriknya juga dihasilkan dengan cukup baik.

Kekuatan Ombak Rindu ciptaan Zaidi pula terletak pada komposisi melodi serta lirik yang cukup dekat dengan pendengar. Barangkali, genrenya agak tipikal kerana berteraskan ballad, begitu juga dengan mesejnya yang berkisar mengenai luahan cinta.

Namun, komposisi balada nya dihasilkan dengan begitu cantik dan bait-bait liriknya yang solid melengkapkan lagi penjiwaan lagu tersebut dan menimbulkan lagi magis itu apabila ianya dipersembahkan oleh pasangan duet Hafiz Suip dan Adira.

Biarpun lagu ini mempunyai inspirasi lagu lama, namun komposisi dan susunan muziknya dihasilkan dengan begitu brilliant dan cara melodinya dipersembahkan serta gaya, alunan serta vokal Yuna sangat relevan dengan keadaan masa sekarang.

Lagu Ku Akui ciptaan Ajai juga mampu memberikan kejutan kepada lagu-lagu lain dan seperti biasa Hafiz sekali lagi bertindak cemerlang dalam membawakan lagu balada yang mellow itu.

Bagi ketegori Vokal Terbaik pula, mampukah Hafiz mempertahankan kemenangannya pada tahun lalu? Atau adakah kali ini ia beralih kepada penyanyi lain. Manakala dari segi kategori Persembahan Terbaik yang seratus-peratus diadili peminat, siapakah yang jadi pilihan mereka malam ini?

Apa yang pasti, segalanya akan terjawab pada malam ini. Segala keputusan adalah muktamad dan sama-samalah kita nantikan AJL 27 yang dipancarkan secara langsung di TV3 menerusi Stadium Putra Bukit Jalil.

Berikut ialah senarai penuh lagu, penyanyi dan pencipta lagu yang bakal bertanding di AJL 27:

1. Idola

Artis : Azlan & The Typewriter

Komposer : Audi Mok

Penulis lirik : Azlan

2. Ku Akui

Artis : Hafiz

Komposer dan Penulis Lirik : Ajai

3. Pelangi Senja

Artis : Stacy

Komposer : Taja

Penulis Lirik : Tun Teja

4. Anak Kampung

Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat

Komposer : Jimmy Palikat

5. Terukir Di Bintang

Artis, Komposer, Penulis lirik : Yuna

6. Tanpamu

Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari

7. Ombak Rindu

Artis : Hafiz dan Adira

Komposer, Penulis Lirik : Zaidi

8. Lagu

Artis : Bedroom Sanctuary

Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram

9. Teman Pengganti

Artis : Black & Malique

Komposer dan Penulis Lirik : Malique

10. Simetri

Artis : Hazama dan Amy Search

Komposer : Audi Mok

Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan

11. Andaiku Bercinta Lagi

Artis : Mojo

Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

12. Patah Seribu

Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers