Zizan Masih Mengharapkan Johan Untuk Maharaja Lawak Mega!


Zizan, Masih, Mengharapkan, Johan, Untuk, Maharaja Lawak Mega, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 JAN 2013 : Berikutan keadaan kesihatan Johan yang baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 29 Disember lalu, tentu para peminat tertanya-tanya bagaimana nanti persembahan Jozan dalam Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM), malam ini.

Portal Murai.com.my terus mendapatkan pasangan Johan iaitu Zizan untuk menjawab semua persoalan tentang perkara tersebut. Ketika dihubungi, Zizan mengaku tahu tentang keadaan Johan yang kini sedang dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur .

Bagaimanapun, menurut Zizan jika doktor tidak membenarkan Johan untuk beraksi di dalam MLM, perancangan diperlukan untuk mencari pengganti Johan atau dia terpaksa beraksi sendirian.

"Kalau betul doktor suruh Johan berehat, saya akan teruskan juga beraksi dalam MLM walaupun seorang diri...Demi Johan dan Jozan serta peminat-peminat semua, saya akan teruskan perjuangan...Dan jika terpaksa, penggambaran akan dijalankan di hospital.

"Buat masa ini...saya tak terfikir untuk mencari pengganti Johan...kerana bagi saya Jozan wujud kerana 'kami' (Johan dan Zizan)...sebenarnya kalau Johan tak ada saya boleh mati kutu," akui Zizan kepada murai.com.my.

Tambah Zizan lagi, sehingga kini dia masih belum mendapat apa-apa pengesahan daripada Johan ataupun pihak Astro mengenai persembahannya esok.

"Saya masih menunggu jawapan daripada Johan, samada dia akan bersama saya ataupun tidak...Kepada peminat-peminat Jozan, diharap terus memberi sokongan kepada kami," katanya.

Dalam laporan semalam, portal Murai.com.my ada menyebut Johan dinasihatkan doktor agar bercuti selama tiga hingga enam bulan serta tidak dibenarkan beraksi dalam MLM.

Johan dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kakinya apabila ligemen dan meniscusnya terkoyak tiga hari sebelum MLM minggu lalu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers