Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Merasakan drama bersiri Juvana tidak patut berakhir begitu sahaja, pengarahnya, Faisal Ishak tampil dengan sebuah lagi karya yang mengisahkan perjalanan watak Botak dan rakan-rakan seterusnya di dalam sebuah filem yang turut diberikan nama Juvana.
Faisal Ishak berkata plot penceritaan kali ini lebih berkembang dan banyak kelainan ditonjolkan dalam setiap watak, disamping menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai watak baru di dalam filem berkenaan.
"Tujuan saya hasilkan filem untuk drama bersiri Juvana ini adalah kerana saya masih memikirkan golongan remaja yang masih mahukan bahan hiburan yang boleh mereka ikuti.
"Selain itu, sebenarnya saya dapati kisah Juvana ini belum habis dan tak cukup di dalam drama bersirinya sahaja. Di dalam filem ini, penonton boleh melihat perjalanan hidup Botak dan rakan-rakanya dan apa yang akan terjadi kepada mereka seterusnya selepas tempat mereka berlatih, Wira Bakti ditutup.
"Penonton boleh melihat bagaimana saya masih kekalkan sifat setia kawan antara mereka setelah pelbagai konflik yang mereka alami di dakam filem ini dengan kehadirian satu lagi watak antagonis iaitu Lan Todak oleh Sharnaaz Ahmad," katanya selepas tayangan perdana filem Juvana di e@Curve, kelmarin.
Selain masih mengekalkan pengarahnya daripada drama bersirinya, filem kali ini juga turut menampilkan pelakon yang sama seperti Zahiril Adzim, Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Idzham Ismail, Adam Shah, Megat Farzeril dan Khairul Mohamed. Pelakon baru yang membintangi filem aksi ini selain Sharnaaz Ahmad adalah Syafie Naswip, Shera Aiyob, Adlin Aman Ramli dan Sara Ali.
Filem Juvana yang sekali lagi memaparkan kisah Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang setelah Wira Bakti ditutup itu akan mula ditayangkan diseluruh pawagam pada 24 Januari ini.
Sungguh pun begitu eksplorasi Faisal dalam aksi-aksi ganas yang ditonjolkan di dalam filemnya terpaksa disekat kerana pihak Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah memotong babak yang dianggap terlalu ganas serta tidak sesuai untuk diklasifiskasi sebagai PG13.
"LPF memotong aksi Sharnaaz dengan Syazwan ketika berlawan menggunakan pisau dan ia hanya dalam 35 saat. Saya faham dan akur akan keputusan mereka, jadi saya redha ia dipotong.
"Mengenai pengaruh jahat di dalam fielm ini saya tampilkan kerana mahu memberi pengajaran kepada penoton. Namun saya tetap nasihatkan kepada penonton remaja di bawah usia 18 tahun ke atas diawasi oleh ibu bapa mereka ," jelasnya lagi.
Secara ringkas, filem Juvana dimulakan dengan mengisahkan Daim (Zahiril Adzim) yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya.
Namun sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak (Johan Asa'ri), Apek (Syazwan Zulkifli) , Ayam (Adam Shah) , Kicap (Megat Farzeril) , Komeng (Khairul Mohamed) dan Panjang (Idzham Ismail ) telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana yang lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka.
Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak ( Sharnaaz Ahmad) , ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka. Apakah kesudahan kisah mereka? Nantikan filem Juvana di pawagam.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.