Memey Tunggu Hari Bersalin, Norman Hakim Makin Cuak!


Memey, Tunggu, Hari, Bersalin, Norman Hakim, Makin, Cuak, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Biarpun sudah mempunyai tiga kali pengalaman menyambut bayi, namun pelakon Norman Hakim tetap gementar menanti saat kelahiran bayi keempatnya, iaitu yang pertama dari isteri tercinta, Memey Suhaiza.

Memey yang sedang sarat mengandung 8 bulan, mengaku teruja saat menantikan kelahiran bayi sulungnya yang dijangka lahir pada 20 Februari depan.

Memey dan Norman yang ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Episod Akhir Drama Bersiri Adam dan Hawa semalam berkata, mereka sudah membuat imbasan jantina pada bayi di dalam kandungan Memey.

"Bayi lelaki...saya dah tak sabar nak tengok dia (bayi)...tapi sepanjang kehamilan saya ni, yang rasa cuak lebih adalah abang Norman. Saya relaks je, tapi abang pula yang lebih-lebih. Darah gemuruh kot," kata bakal ibu ini tersenyum manis kepada murai.com.my.

Sementara itu, Norman pula mengiyakan kata-kata isteri kesayangannya itu dan mengaku dia sangat berhati-hati, sehinggakan setiap pergerakan Memey dikawalnya.

"Memang betul saya dah ada tiga kali pengalaman menyambut bayi. Anak pertama saya, Mohamad Danish Hakim dilahirkan sebaik saja turun dari kereta apabila tiba di hospital. Manakala anak kedua pula, Marissa Dania Hakim dilahirkan di dalam kereta. Yang ketiga pula, Maria Danisha Hakim juga sama seperti anak pertama. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati.

"Saya tak mahu, perkara sedemikian berulang lagi. Saya akan lebih bersedia. Sebab itu setiap kali Memey cakap "adui" saya menggelabah. Lebih-lebih lagi sekarang ni kan.Perasaan 'nervous' saya ni bukan dibuat-buat tetapi memang dari anak pertama lagi saya macam ni.

"Saya sekarang tengah shooting dengan Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk drama bersiri berjudul Acra yang akan ditayangkan di Astro. Jadi agak sibuk sedikit. Untuk pastikan keadaan keselamatan isteri saya terjamin, ibu mertua saya tinggal dengan kami sehingga anak kami dilahirkan," kata Norman teruja.

Sementara itu Memey yang kelihatan lebih tenang berbanding suaminya itu turut mengakui dia tidak pernag pergi ke kelas Antenal (kelas persediaan bersalin untuk bakal ibu) dan hanya mengutip pengalaman daripada ibu dan ibu mertuanya sahaja.

"Insya Allah, walaupun tak pergi ke kelas Antenatal, Memey harap dapat melahirkan bayi ini secara normal. Pengalaman dari orang tua pun dah cukup buat Memey. Setakat ini, Memey tenang dan tak sabar nak sambut kedatangan orang baru ini," katanya tersenyum.

Apabila ditanya mengenai nama cahayamata sulungnya itu, Memey tersenyum dan berkata, dia dan suami sudah berbincang mengenai perkara itu dan akan mengekalkan pangkal nama MDH sepertimana tiga anak-anak Norman yang lain.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers