8 Pencalonan, Zizan Razak Bintang Paling Popular 2012?


8, Pencalonan, Zizan Razak, Bintang, Paling, Popular, 2012, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak menerima pencalonan terbanyak dalam ketika pengumuman finalis Top 5 di sidang media kedua Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) yang diadakan diadakan semalam iaitu 3 pencalonan dalam kategori utama serta 5 pencalonan bagi kategori online untuk anugerah berprestij tersebut.

Pemilihan Top 5 untuk kedua-dua kategori ini dipilih berdasarkan undian peminat, jadi apakah mungkin sudah pembayang awal bahawa Zizan bakal membawa pulang trofi Bintang Paling Popular 2012 kali ini?

Ketika ditemui Zizan seperti biasa merendah diri dan menyerahkan keputusan itu kepada peminat yang akan mengundinya nanti.

"Saya sangat bersyukur kerana mendapat sokongan yang kuat daripada peminat. Alhamdulillah, saya sentiasa berdoa agar orang suka pada saya, pada kerja saya. Bila orang suka dan senang dengan kita, jadi mudah untuk bekerja.

"Saya sendiri tidak menyangka akan menerima pencalonan yang sebanyak ini. Jadi untuk ditentukan Bintang Paling Popular bukanlah menerusi pencalonan ini tetapi berdasarkan undian yang dibuat pengundi di luar sana. Mereka yang akan bertanding untuk mengundi bintang atau selebriti pilihan mereka.

"Menang atau tidak, itu akan ditentukan sendiri peminat, jika mereka berpuas hati dengan Zizan Razak mereka akan mengundi. Kalau nak kata tak nak menang, siapa tak nak menang. Jika saya menang ia seperti hadiah buat mereka, para pengundi-pengundi saya,"ujar Zizan mengenai ramalan dia bakal menjulang trofi Bintang Paling Popular 2012.

Ditanya mengenai strategi dan cara memikat hati peminat untuk mengundinya, Zizan atau nama penuhnya Razizan Razak berkata, sepertimana selebriti lain, Zizan juga pernah dilanda kontroversi melibatkan masalah di segi disipli, namun ternyata dia punya alasannya yang tersendiri.

"Saya selalu berkata pada diri saya, sekiranya saya sering berbuat baik, benda yang baik akan datang pada saya. Tidak dinafikan ada sekali dua terlambat. Biasalah adat manusia, 10 benda baik kita buat akan lupa begitu sahaja dek sekali kita berbuat salah.

"Itu semua dugaan, sebab saya tahu apa yang saya lakukan. Kalau orang nak cari kesalahan, nak buruk-burukkan saya, itu hak mereka. Yang perlu sabar atau tidak itu diri kita sendiri," ucap Zizan ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 5 ABPBH2012 di Subang Jaya, semalam.

Tidak terlepas daripada soalan mengenai hubungannya bersama Juliana Evans, Zizan menjawab, mereka masih berhubung cuma tidak sekerap dahulu. Pelawak popular itu juga menjelaskan kesibukan masing-masing membataskan masa untuk berhubung selalu.

"Memasuki 2013 saya bertambah sibuk dengan jadual yang begitu padat, jadi kuranglah sedikit waktu saya untuk berhubung dengan Jue. Tetapi ada juga berwhatsapp (instant messaging) dan video call tetapi jarang-jarang sekali.

"Yang penting saya utamakan kerjaya dahulu. Allah dah beri peluang pada saya, jadi lebih perlu untuk saya gunakan peluang itu dengan sebaiknya untuk mencari kejayaan dalam hidup,"tambahnya lagi.

Penghibur popular ini telah menerima 8 pencalonan keselurahan iaitu tiga pencalonan dalam kategori utama Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular serta lima pencalonan online bagi kategori Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama, Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers