Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
KUALA LUMPUR, 10 JAN 2012: Menerusi telefilem Keroncong Untuk Ana yang bakal disiarkan di Astro Prima (Saluran 105) pada 14 Jan depan, penerbit dan pengarah drama ini, Eirma Fatima mengakui berhasrat untuk menyunting Dato' M Nasir tatkala menerima naskhah berkenaan daripada pihak Astro.
Bagaimanapun, Eirma mengakui sungguhpun drama ini diilhamkan bersandarkan lagu Keroncong Untuk Ana nyanyian M Nasir, namun impiannya itu amat sukar untuk dimakbulkan Apatah lagi, dia sendiri adalah peminat pelantun lagu Tanya Sama Itu Hud Hud.
"Idea menerbitkan drama ini datang dari pihak Astro. Mereka yang menginginkan lagu ini dijadikan drama. Mengenai lagu ini, pihak Astro sendiri yang memilihnya. Saya tidak tahu sama ada pihak Astro ada bertanya hal ini kepada M Nasir atau pun tidak.
"Terus-terang, saya sendiri tiada berbincang dengan M Nasir sebaik saja mendapat naskhah ini. Bagi pelakon pula, saya yang memilihnya dan Alhamdulillah, pihak Astro mempersetujui dengan pilihan yang saya buat," katanya kepada murai.com.my.
Mengulas lanjut mengenai drama yang dibuat pada penghujung tahun 2011, Eirma memberitahu pembikinan telefilem ini ibarat menghasilkan sebuah album penuh.
"Persediaan untuk buat drama inimacam naj buat sebuah album atau soundtrack untuk sebuah filem. Sebelum syuting lagi, kami terlebih dahulu keluar masuk studio untuk lagu-lagu yang dipilih.
"Kebanyakkan pelakon dalam telefilem inipula tidak boleh menyanyi. Namun, saya puji kesungguhan pelakon utamanya iaitu Dato` Rahim Razali yang begitu gigih memberikan lakonan bersertakan nyanyian yang baik.
"Sampai separuh mati juga Dato` Rahim berusaha kerana dia seorang yang tidak ada apa-apa asas langsung terhadap muzik. Kebanyakan babak nyanyian dalam drama ini hanyalah humming saja," jelasnya.
Menyentuh mengenai babak mencuri yang dilakukan pelakon Qi Razali, Eirma sedar bahawa cara itu salah. Bagaimanapun, pengarah berbakat ini mempunyai alasan tersendiri untuk menampilkan babak tersebut.
"Curi? Sesungguhnya, manusia akan menghalalkan sesuatu apabila waktu darurat. Memang cara yang dilakukan itu salah. Namun, dia tidak mencuri sebaliknya dia meninggalkan wang untuk mendapatkan barangan kesayangan ayahnya.Dari situ juga, ia menunjukkan bahawa dia seorang budak yang baik," ujarnya.
Infomasi Keroncong Untuk Ana
Pelakon: Dato Rahim Razali, Qi Razali, Lydiawati, Tiz Zaqyah dan Johan Asha'ri.
Penerbit, pengarah, penulis skrip: Eirma Fatima
Masa tayangan: 14 Jan 2013/1o malam
Saluran: Astro Prima (Saluran 105)
Sinopsis: Pak Hamdi (Rahim Razali) adalah pemain mandolin dalam kumpulan keroncong yang kian luput di mata masyarakat. Anaknya Rashdan (Qi Razali) pula berminat untuk menjadi vokalis dan pemain gitar kumpulan indie yang baru mula menempa nama iaitu SPAM, milik Amirul(Johan Asaari).
Amirul menetapkan syarat kepada Rashdan, jika ingin masuk dalam kumpulannya, mestilah ada peralatan muzik sendiri. Rashdan berusaha untuk membeli sebuah gitar elektrik dan dalam masa yang sama, Mandolong kepunyaan Pak Hamdi hilan entah ke mana.
Pak Hamdi jadi murung dan jatuh sakit. Lagu' Keroncong Untuk Ana" ciptaan Pak Hamdi yang digubah khas untuk Rohana, janda anak satu sebelah rumahnya yang meminati muzik keroncong, tidak dapat disiapkan kerana alat muzik yang hilang itu.
Rohayu (Tiz Zaqyah), anak kepada Rohana, pula sudah mula berbaik dengan Rashdan. Yang bakal terjadi adalah kisah pertembungan dua generasi muzik lama dan yang baru. Yang bakal membuka mata masyarakat akan kehebatan muzik lama yang kian luput ditelan zaman.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.