Gotcha! Hafiz Suip Kena Tipu Oleh Janda Meletop


Gotcha, Hafiz Suip, Kena, Tipu, Oleh, Janda Meletop, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks & Foto oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 4 JAN 2013: Semalam menerusi ruangan gosip Murai Batu ada menyentuh perihal seorang janda meletop dari Kuantan, Pahang yang tergila-gilakan penyanyi popular, Hafiz Suip sehingga mengajaknya berkahwin.

Nampaknya cerita berkenaan telah mendapat maklumbalas yang cukup hangat daripada peminat kepada penyanyi Awan Nano itu, hinggakan ada yang ingin tahu akan kesahihannya.

Namun apa yang pasti dan segelintirnya pula sudah pun mengetahui bahawa ia hanyalah sebuah adegan tipu daya atau 'prank' yang dilakukan oleh produksi rancangan Kan Dah Kena kepada Hafiz Suip untuk melihat keupayaan penyanyi berkenaan berhadapan dengan situasi cemas tersebut.

Malah, si janda meletop bernama Deeba yang dimaksudkan itu merupakan seorang pendatang baru dalam dunia lakonan yang ternyata masih menuntut di sebuah universiti tempatan dan masih lagi solo.

Episod ke-5, Kan Dah Kena yang diacarakan Nabil Raja Lawak, Aril AF7 dan pelakon cilik Rykarl Iskandar bakal disiarkan pada 5 Januari 2013 (esok) di Astro Ceria (saluran 611), jam 11.30 pagi dan ulangannya pada Jumaat (12.30 tengah hari), Sabtu (7 malam) dan Ahad (8.30 malam).

Penerbit rancangan berkenaan, Nurul Ain Mohd Noor,28 berkata, Kan Dah Kena merupakan rancangan terbaru di Astro Ceria yang mengetengahkan kelainan di mana bakat kanak-kanak digunakan untuk mengenakan orang dewasa.

"Inilah keistimewaan Kan Dah Kena kerana selalunya orang dewasa mengenakan orang dewasa, tetapi kali ini kanak-kanak pula mengenakan orang dewasa yang diketuai Rykarl sebagai 'mastermind' dalam setiap perancangan.

"Bukan sekadar untuk bahan hiburan semata-semata, program ini mengetengahkan pengajaran dalam setiap adagan 'prank' yang kita lakukan. Untuk episod kali ini kami mengenakan Hafiz Suip yang diuasik oleh seorang peminat wanita bernama Deeba yang ingin berkahwin dengannya.

"Kita akan dapat melihat bagaimana Hafiz memberi peluang kepada Deeba yang sepatutnya tidak perlu berlaku kerana Deeba adalah orang asing. Begitu jugalah dalam dunia kanak-kanak yang tak sepatutnya mempercayai orang yang tidak dikenali," kata Nurul Ain panjang lebar.

Sebelum ini Kan Dah Kena pernah mengenakan beberapa selebriti popular seperti Aznil Hj Nawawi, Fizo Omar, Alif Satar dan bakal mengenakan pelakon cantik Neelofa, Zain Saidin dan Elfira Loy.

Menerusi episod ke-5 berkenaan itu juga, ia bakal menyaksikan krew Stailista daripada program propaganza bergandingan tenaga bersama-sama Rykarl dan Aril AF7 untuk mengenakan Hafiz Suip dengan mengumpan Deeba dan seorang kanak-kanak lelaki sebagai watak utama.

Hafiz yang sepatutnya menghadiri untuk sesi temubual bersama segmen Stailista telah diganggu oleh kehadiran Deeba dan anaknya yang mahu berkahwin dengannya.

Kita lihat bagaimana reaksi dan tindakan Hafiz berhadapan dengan situasi tidak terduga itu. Adakah Hafiz akan menerima lamaran Deeba untuk memperisterikannya? Semuanya di dalam Kan Dah Kena, esok di Astro Ceria.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers