2013: Tahun Sharnaaz Ahmad Ajak Shila Amzah Kahwin


2013, Tahun, Sharnaaz Ahmad, Ajak, Shila Amzah, Kahwin, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: "Jika dia (Shila Amzah) tidak mahu cakap pasal cinta untuk tahun 2013, saya pun sama. Tapi saya nak cakap pasal kahwin," jawab ringkas pelakon Sharnaaz Ahmad ketika diminta mengulas mengenai kekasih hatinya, Shila Amzah yang tidak mahu lagi berbicara tentang cinta.

Terdahulu, Shila pernah bercakap kepada media tentang pendiriannya yang tidak mahu lagi berbicara mengenai cinta selepas terlalu banyak publisiti yang diberikan terhadap hubungan mereka,

Dalam pada itu, Sharnaaz Ahmad turut tidak menolak dakwaan beberapa pihak yang melihat dia seolah-oleh seperti kekasih yang suka mengongkong segala pergerakan Shila sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.

"Ya, memang saya kongkong Shila sebab dia bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan", kata Sharnaaz dan tidak berniat untuk mengulas lanjut.

Sharnaaz ditemui ketika tayangan perdana filem Juvana di e-Curve, Damansara ,petang semalam.

Tidak mahu dibayangi kontroversi yang melandanya sepanjang tahun 2012, Sharnaaz berharap tahun 2013 akan memberi lebih banyak peluang dalam mengembangkan kariernya.

"Saya setuju, tahun 2012 memang 'panas'. 2012 sepatutnya adalah tahun saya. Angka 12 itu sendiri sebenar angka kegemaran saya.

"Tapi nak buat macam mana, kita tidak rancang pun semua (kontroversi) itu boleh berlaku.

"Tahun ini saya mahu kembali untuk menjadi diri saya dan nak fokus pada kerjaya. Terus-terang, saya tak mahu buat hal lagi," luahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan kembali ke set penggambaran filem arahan Kabir Bhatia yang masih belum mempunyai tajuk selain beberapa projek drama.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers