Adik Perempuan Tiri Jamin Zarina Anjoulie Keluar Jel


Adik, Perempuan, Tiri, Jamin, Zarina Anjoulie, Keluar, Jel, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


PETALING JAYA, 4 JAN 2013: Selepas 2 hari dimasukkan ke penjara Kajang, akhirnya pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, atau lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie telah dibebaskan selepas diikat jamin oleh adik perempuan tirinya pada jam 10 pagi tadi.

Sumber Bernama memberitahu bahawa pelakon itu dilihat keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya dengan memakai baju-T berwarna kelabu serta bercermin mata gelap selepas dia diikat jamin.

Terdahulu, pelakon drama bersiri Anak Pontianak ini telah didakwa oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu lalu selepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram.

Dia didakwa bersama bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, jam 5.30 petang pada 30 Dis lalu.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh yang juga pelajar kolej, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Feb depan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers