Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photorgaphy
KUALA LUMPUR, 14 JAN 2013: Meskipun sudah berkahwin, namun aktor, Zahiril Adzim akui agak sukar untuk berlakon dengan isterinya, Shera Aiyob ketika digandingkan bersama di dalam filem Juvana.
Zahiril Adzim berkata dia berasa sukar kerana mempunyai perasaan segan apabila berlakon bersama walaupun dia dan isterinya diberikan watak dan peranan sebagai pasangan kekasih di dalam filem berkenaan.
"Saya pun tak tahulah, rasa susah juga pada mulanya untuk kami berlakon dan menyesuaikan diri dengan watak yang perlu kami bawa itu. Tiba-tiba timbul rasa segan dengan dia (Shera Aiyob) ,"katanya ketika siding media selepas tayangan perdana filem Juvana, di e@Curve , baru-baru ini.
Ketika menjayakan penggambaran filem tersebut mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga, malah inai di tangan Shera Aiyob juga masih lagi merah. Shera Aiyob memegang watak sebagai Sara yang merupakan watak baru dalam filem Juvana yang akan mula ditayangkan d iseluruh pawagam bermula 24 Januari ini.
Walaupun kekok digandingkan bersama dalam filem itu, Zahiril memberitahu, dia mendapati agak mudah untuk menghayati watak itu kerana rasa yang diluahkan adalah rasa sayang yang jujur terhadap isterinya di dalam filem berkenaan.
"Disebalik kesukaran itu, saya mendapati ada faedahnya jika kami digandingkan di dalam filem kerana lebih mudah serta banyak masa untuk kami berbincang mengenai watak masing-masing.
"Malah, lebih mudah bila kami digandingkan sebagai pasangan kekasih, rasa sayang dan suka itu jujur dan benar-benar wujud untuk kami sama-sama luahkan dalam watak kami," jelasnya lagi.
Filem Juvana turut menampilkan pelakon lain seperti Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Idzham Ismail, Adam Shah, Megat Farzeril dan Khairul Mohamed serta pelakon baru seperti, Sharnaaz Ahmad, Syafie Naswip, Adlin Aman Ramli dan Sara Ali.
Filem Juvana mengisahkan perjalanan hidup seterusnya Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang setelah Wira Bakti ditutup.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.