Zarina Anjoulie: Pasal Buat Sidang Media, Saya Tak Serius!


Zarina Anjoulie, Pasal, Buat, Sidang, Media, Saya, Tak, Serius, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 6 JAN 2012: Pelakon drama bersiri, Anak Pontianak iaitu Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, mengakui terkejut apabila mendapat tahu bahawa sebuah media melaporkan bahawa dia bakal mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat ini untuk menjelaskan tentang isunya ditangkap kerana didakwa memiliki dadah jenis Eramin.

"Saya tidak cakap pun pada wartawan di media tersebut bahawa saya mahu buat sidang media. Apa yang cakap adalah sebaliknya. Alih-alih timbul pula laporan yang mengatakan saya mahu buat sidang media tersebut.

"Sebenarnya, wartawan itu menghubungi saya untuk mendapatkan komen berkenaan isu saya ini. Tapi, saya malas nak komen.

"Lagipun sejak kes ini timbul, telefon saya memang tidak henti-henti berdering dan memang banyak wartawan cari saya.

"Jadi saya pun bagi alasan mungkin saya kena buat sidang media agaknya untuk menjelaskan keadaan ini. Tak sangka pula benda itu dijadikan berita," katanya kepada murai.com.my.

Jelas Zarina lagi, dia tidak melihat sebarang kepentingan buat dirinya jika membuat sidang media tersebut.

"Untuk apa? Yang untung bukannya saya. Lagipun, buat apa saya hendak perbesar-besarkan hal ini?," katanya lagi.

Pun begitu, kata Zarina, andai katalah terbuka hatinya untuk mengadakan sidang media, ianya tidak mungkin akan berlaku dalam jangkawaktu masa yang terdekat ini.

"Sekarang ini saya sibuk berbincang dengan peguam saya dan saya juga mahu habiskan masa dengan keluarga saya," katanya lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers