Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 13 JAN 2013: Sejak bergelar juara pertama Asian Wave 2012, penyanyi Shila Amzah sering dilanda kontroversi yang mengaitkan kisah peribadinya. Dek kerana itu, kelibat bapanya kini seringkali dilihat menemani Shila atau NurShahila Amir Amzah ke mana-mana, baik majlis rasmi mahupun undangan nyanyian.
Namun, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Amzah cuba menjelaskan situasi yang sebenar apabila banyak pihak yang membuat andaian bahawa dia kini cuba untuk mengawasi pergerakan anak perempuan sulungnya itu, walhal mengawasi anak sudah menjadi tugas utamanya sebagai bapa tapi ia tidak bermakna dia menghalang Shila untuk berkawan dengan sesiapa.
"Memang benar kini saya sering ada bersama Shila ke mana sahaja dia pergi kerana kapasiti saya sebagai wakil yang dilantik oleh Shanghai Media Group (SMG). Shila telah menandatangi kontrak setelah menjuarai Asian Wave 2012 bersama SMG dan saya bersama Mr Ong Peng Choo daripada The Right Entrepreneur Sdn Bhd ditugaskan SMG menguruskan perjalanan karier seni Shila ketika di luar China.
"Daripada konteks bapa pula, mengawasi anak sudah menjadi tanggungjawab saya sehinggalah dia berumahtangga kelak. Tapi tidak bererti saya menentukan dengan siapa dia berkawan atau keluar, cuma saya mesti tahu dengan siapa, itu sahaja,"jawabnya ketika dihubungi murai.com.my baru-baru ini.
Dilihat lama menyepi selepas isu perang Twitter, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini tampil dengan kenyataannya mahu memperisterikan Shila Amzah. Disebabkan hasratnya itu, dia dilihat seperti mahu mengongkong Shila sehingga terjadinya kes di Twitter tempoh hari.
Tetapi bagi ND Lala, sebagai pengurus dan juga bapa, dia memandang perkara tersebut (kahwin) sebagai rencana yang belum tahu kepastiannya lagi kerana jodoh dan pertemuan semua ketentuan Allah. Yang pasti baginya kini, Shila telah dipermudahkan perjalanan karier seninya. Selama 12 tahun dia menanti peluang sebegini , lebih elok jika dia menggunakan pintu kejayaan yang dibuka Allah SWT dengan sebaiknya.
"Saya tidak boleh nak komen kenyataan yang dibuat Sharnaaz itu. Saya tahu Sharnaaz rapat dengan Shila tetapi saya sendiri tidak mengenali Sharnaaz sepenuhnya lagi. Untuk saya komen mengenai kenyataannya pun ia tidak akan menjelaskan apa-apa kerana belum ada kepastiannya lagi.
"Isu kahwin bukanlah benda yang kecil. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah urusan Allah SWT dan buat masa ini, tiada sebarang perbincangan kearah itu(kahwin). Saya sering ingatkan anak-anak supaya tidak menghebahkan perkara yang belum pasti kerana ia akan mengundang cakap-cakap orang di kemudian hari.
"Yang menjadi kepastian kini adalah peranan Shila untuk terus mengorak langkah membawa nama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi melalui bidang seni suara. Itu adalah impiannya selama ini dan lebih baik dia berikan tumpuan pada karier seninya dahulu.
"Apa yang saya pesan pada Shila, pintu menuju kejayaan telah terbuka luas, jangan biarkan perkara remeh (kontroversi) menghalang Shila untuk menggapai impiannya selama ini,"tambah ND Lala yang popular dengan gelaran YB itu apabila diminta mengulas kenyataan Sharnaaz yang mahu memperisterikan puteri sulungnya itu.
Isu-isu yang melibatkan nama Shila Amzah beberapa ketika ini dilihat ND Lala sebagai satu pengajaran yang harus dipelajari Shila. Masih banyak yang perlu dipelajari Shila yang baru berusia 22 tahun itu.
Tambah ND Lala, perhatian yang diberikan umum dan masyarakat dek pencapaian Shila kini seharusnya menjadikan penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan tutur katanya. Dia mengaku bahawa Shila masih di kira baru dalam dunia hiburan dan teguran daripada pihak terutama media amat dihargai penyanyi era 80-an mengakhiri perbualannya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.