Sharifah Aryana: Hubungan Amani, AG Coco Hanya Kawan


Sharifah Aryana, Hubungan, Amani, AG Coco, Hanya, Kawan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: Pelakon, Sharifah Aryana akui terkejut apabila mendapat tahu kakaknya, Sharifah Amani telah digosipkan sedang bercinta dengan pemuzik dan komposer berbakat, AG Coco.

Ini kerana, sebagai adik, Sharifah Aryana memberitahu, dia tidak merasakan mereka sedang bercinta, malah dia melihat hubungan mereka itu seperti tak lebih sebagai seorang kawan.

"Saya tahu mereka sudah lama berkawan. Saya tak rasa mereka bercinta atau serius dalam perhubungan. Setahu saya mereka kawan rapat dan saling sokong-menyokong kerjaya masing-masing," jelasnya yang ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Juvana, di e@Curve, petang semalam.

Baru-baru ini, foto Sharifah Amani dan AG Coco yang dimuatnaik sendiri oleh pelakon Sepet itu di dalam laman Instagram hingga menimbulkan rasa curiga sekaligus mengiyakan gosip yang mengatakan mereka bercinta.

Dalam pada itu, Sharifah Aryana turut memberitahu dia lebih selesa jika kakaknya itu meneruskan hubungannya dengan AG Coco itu sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu.

"Saya tidak rasa mereka akan bercinta kerana setahu saya, keluarga memang tahu mereka hanya berkawan rapat. Malah, saya lihat mereka lebih sesuai menjalinkan hubungan sebagai seorang kawan sahaja. Namun, jika benar mereka serius mengapa akak tidak pernah bawa AG Coco berjumpa dengan keluarga secara proper," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya yang kini baru sahaja menamatkan persekolahan tahun lalu, Sharifah Aryana memberitahu dia mahu kembali aktif selepas dua tahun meninggalkan dunia lakonan.

"Saya sudah pun memulakan penggambaran telemovie Budak Flat semalam dan ia merupakan adalah lakonan pertama saya selepas dua tahun meinggalkan dunia lakonan. Yelah, sebelum ini saya berhenti berlakon ketika berada tingkatan 4 dan 5 kerana mahu menumpukan perhatian kepada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

"Kini setelah persekolahan saya selesai saya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada lakonan pula. Rasa rindu hendak berlakon," tambahnya lagi. Dalam perkembangan lain, Aryana merancang untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi di sebuah kolej swasta bermula Mac ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers