Salamiah Hassan , Atilia Beraksi Jazzy Di The Venue


Salamiah Hassan, Atilia, Beraks,i Jazzy, Di, The Venue, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 JAN 2013: Sambutan yang diberikan terhadap penghibur Salamiah Hassan dengan anaknya, Atilia dalam Be Strong Charity Concert di Hotel ne World, Petaling Jaya pada 3 September 2012 benar-benar di luar dugaan.

Atas sebab itu, Salamiah dan Atilia sekali lagi akan bergandingan dalam showcase yang dinamakan Jazz Night with Salamiah Hassan & Atilia di The Venue, Pavillion pada malam ini.

Showcase yang bakal dikendalikan penghibur kelab, Hardy Arbi ini akan menyaksikan gandingan Salamiah dan Atilia dalam membawakan rangkaian lagu hits jazz dan fusion jazz daripada pelbagai rendition yang popular serta familiar di halwa telinga pendengar.

Kata Salamiah, dia sangat teruja apabila dapat beraksi semula bersama anaknya, Atilia di dalam showcase tersebut.

"Selepas menjayakan Be Strong Charity Concert tidak lama dulu, ramai yang tanya, bila lagi kami akan bergandingan semula. Rasanya, ini adalah waktu yang cukup tepat dan kali ini, kami tampil dengan kelainan apabila membawakan lagu-lagu yang berunsur jazz serta fusion jazz.

"Saya berharap peminat tegar jazz, tidak akan lepaskan peluang untuk menonton showcase kami ini," katanya kepada murai.com.my.

Bakal diiringi band iringan Salamiah Hassan, showcase ini Jazz Night with salamiah Hassan & Atilia ini turut dilengkapi dengan bufet makan malam. Untuk menyaksikan showcase ini anda perlu membayar RM200 untuk tempat duduk VVIP yang disediakan di dalam sebuah bilik privasi.

Sementara RNM180 untuk tempat duduk VIP dengan meja makan yang menghadap pentas, manakala RM150 untuk tempat duduk biasa. Berminat, sila hubungi talian: 03 - 78802470 / 3470 atau faks: Fax: 03 - 7880 5470 untuk membuat tempahan. Anda juga boleh menghantar emel kepada: sales@wmhsb.com.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers