Kafe muzik, kelab malam masih tidak boleh beroperasi – JPBN Sarawak #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal

Kafe muzik, kelab malam masih tidak boleh beroperasi – JPBN Sarawak |  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan kafe muzik, kelab malam dan bistro tidak dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, kata pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Kafe muzik, kelab malam masih tidak boleh beroperasi – JPBN Sarawak |  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan kafe muzik, kelab malam dan bistro tidak dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, kata pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.


Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sarawak berkata JPBN membuat penjelasan itu bagi mengelak sebarang kekeliruan, kerana sebelum ini ada yang beranggapan status premis-premis berkenaan sama seperti restoran, yang telah dibenarkan beroperasi semula.





“Tindakan berupa amaran dan penutupan premis akan dikenakan kepada pemilik kedai yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan semasa tempoh perintah ini,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 Sarawak di sini.

Sementara itu, beliau berkata graf kes positif COVID-19 di Sarawak terus mendatar apabila tiada kes baharu dicatatkan hari ini yang merupakan hari kelima berturut-turut sifar kes baharu di negeri ini sejak Khamis lepas.

“Secara keseluruhan, kejayaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada pematuhan semua rakyat Sarawak serta kerjasama semua pihak dalam mengekang COVID-19 ini. Semua dipohon untuk menjaga kebersihan diri dan penjarakan sosial,” katanya.

-- BERNAMA

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers