Usaha sedang dibuat hantar balik baki warga Pakistan - Suruhanjaya Tinggi #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal

Usaha sedang dibuat hantar balik baki warga Pakistan - Suruhanjaya Tinggi | Usaha sedang dilakukan untuk menghantar balik rakyat Pakistan yang masih berada di Malaysia secepat mungkin, kata Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia.

Usaha sedang dibuat hantar balik baki warga Pakistan - Suruhanjaya Tinggi | Usaha sedang dilakukan untuk menghantar balik rakyat Pakistan yang masih berada di Malaysia secepat mungkin, kata Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia.


Sejak bermulanya COVID-19, Suruhanjaya Tinggi sudah mengatur penghantaran pulang lebih 600 warga Pakistan menerusi tiga pesawat khas Pakistan International Airlines.

Menurut kenyataan suruhanjaya itu lagi, dua pesawat khas membawa pulang 331 rakyat Pakistan yang ditahan di kem tahanan, berlepas ke Lahore pada Ahad.

Suruhanjaya Tinggi berkata penerbangan itu dikendalikan kerajaan Malaysia, sebagai lambang semangat muhibah yang wujud antara Islamabad dan Kuala Lumpur.





"Sikap pemurah Malaysia itu bukti persahabatan erat antara Pakistan dan Malaysia. Menteri Luar Shah Mahmood Qureshi telah berbincang mengenai perkara itu menerusi perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein," kata kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi berkata penghantaran balik warga Pakistan itu  pada Ramadan dan sebelum Aidilfitri, amat bermakna kepada tahanan serta anggota keluarga mereka.

Kerajaan Pakistan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia dan Jabatan Imigresen atas kerjasama dalam membantu menguruskan penghantaran pulang itu," katanya.

Sehubungan itu, Pakistan turut membantu memudahkan urusan membawa balik warga Malaysia dari Pakistan.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers