Semua kawasan Parlimen perlu wujud sistem 'Retort' bantu kumpulan memerlukan - Food Bank Malaysia #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal

Semua kawasan Parlimen perlu wujud sistem 'Retort' bantu kumpulan memerlukan - Food Bank Malaysia | Kesemua 222 kawasan Parlimen di negara ini disyorkan supaya mewujudkan amalan simpanan lebihan makanan termasuk lebihan di hotel menerusi kaedah ‘retort’ bagi membantu golongan yang memerlukan dalam program foodbank.

Semua kawasan Parlimen perlu wujud sistem 'Retort' bantu kumpulan memerlukan - Food Bank Malaysia | Kesemua 222 kawasan Parlimen di negara ini disyorkan supaya mewujudkan amalan simpanan lebihan makanan termasuk lebihan di hotel menerusi kaedah ‘retort’ bagi membantu golongan yang memerlukan dalam program foodbank.


Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Ab Wahab Long berkata, menurut data yang diperoleh daripada Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), rakyat di negara ini didapati menghasilkan 17,000 tan lebihan makanan sehari.

“Daripada jumlah itu, 3,000 tan adalah makanan yang elok… yang tidak disentuh… misalnya makanan ketika kenduri, yang dihidangkan tidak habis bahkan ada lagi lebihan di dapur. Ini jika dibuang, adalah merugikan. Jadi kami memikirkan adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan retort teknologi untuk kita selamatkan makanan.

“Saya juga nak syorkan teknologi retort ini diwujudkan di setiap Parlimen… mesin ini harganya dalam RM30,000 hingga RM40,000 sahaja dan jika ia dapat dilakukan, makanan yang diselamatkan tadi boleh diagihkan kepada mereka yang memerlukan dan ia boleh bertahan sehingga setahun dan ada yang boleh bertahan sehingga lima tahun,” katanya di sini, hari ini.





Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Yayasan Foodbank Malaysia bersama Yayasan Undang Johol yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Md Ghazali Md Yasin dan disaksikan Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah.

Dalam pada itu, Ab Wahab turut mengumumkan Yayasan Undang Johol sebagai rakan strategik baharu kepada Yayasan Food Bank Malaysia, yang akan bertindak sebagai pusat yang akan menyalurkan bantuan kepada kumpulan yang memerlukan di seluruh negeri ini.

Sementara itu, pada sidang media, Muhammad berkata beliau berbesar hati dengan pemilihan yayasan berkenaan sebagai rakan strategik kepada Yayasan Foodbank Malaysia dan berharap ia mampu membantu kumpulan yang memerlukan khususnya golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan miskin tegar. 

"Bagaimanapun, bantuan yang kami terima ini juga bukan sahaja berbentuk makanan dan minuman tetapi melibatkan lampin pakai buang dewasa dan kanak-kanak. Kesemua barangan ini bukanlah daripada barangan 'reject' sebaliknya 'fresh' iaitu masih baru keluar dari kilang susulan itu diharapkan masyarakat tidak salah anggap mengenainya," katanya. 

Pada majlis itu, Yayasan Undang Johol menerima pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan pelbagai jenis minuman yang akan diagihkan kepada kira-kira 1,000 penerima sebelum menjelang Aidilfitri.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers