Peniaga burasak manfaatkan perniagaan online ketika PKP #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal

Peniaga burasak manfaatkan perniagaan online ketika PKP | Seorang pengusaha makanan tradisi masyarat Bugis, burasak dan lepat loi di Pekan Nanas, di sini, memanfaatkan teknologi masa kini untuk mengembangkan perniagaannya secara dalam talian selepas pendapatannya terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Peniaga burasak manfaatkan perniagaan online ketika PKP | Seorang pengusaha makanan tradisi masyarat Bugis, burasak dan lepat loi di Pekan Nanas, di sini, memanfaatkan teknologi masa kini untuk mengembangkan perniagaannya secara dalam talian selepas pendapatannya terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Siti Nor Isah Sirin berkata beliau yang tidak dapat menjual burasak di gerai sepanjang tempoh PKP beralih kepada media sosial selepas mendapat banyak pertanyaan mengenai makanan tradisional itu daripada pelanggan tetapnya.

“Melalui kaedah ini, orang ramai lebih mudah menempah burasak yang dihasilkan kerana tempahan boleh dilakukan terus menerusi akaun Facebook Burasak lNDUK TOK dan aplikasi Whatsapp.

“Semasa Ramadan ini, tempahan burasak yang diterima secara dalam talian amat memberangsangkan. Selain itu, tempahan dari luar kawasan Pekan Nenas akan dibungkus dengan rapi dan dihantar menggunakan perkhidmatan Poslaju,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Siti Nor Isah yang mempelajari proses pembuatan burasak daripada ibu mertuanya, Norzin Jaafar dan kakak iparnya, Noreenherlina Nordin berkata bermula dengan tempahan kira-kira 100 ikat pada hari biasa, kini tempahannya meningkat sebanyak tiga kali ganda menjelang sambutan Aidilfiri. 

Beliau yang mengusahakan perniagaan burasak bersama suaminya bersyukur kerana perniagaan Burasak Induk Tok itu semakin dikenali ramai sekali gus dapat membantu menambah pendapatan keluarga.





Maka, tidak hairanlah pengusaha burasak dan lepat loi itu sentiasa tidak ‘menang tangan’ dengan tempahan luar biasa daripada pelanggan khususnya apabila tiba musim perayaan Aidilfitri.

“Ini adalah rezeki daripada Allah SWT untuk membantu saya sekeluarga, meskipun dalam tempoh PKP, orang ramai masih membeli dan mencari burasak. Apatah lagi,buat pertama kalinya pada Ramadan ini saya memperkenalkan set untuk juadah berbuka yang turut mendapat sambutan ramai,” kata surirumah berusia 33 tahun itu.

Siti Nor Isah menjual lima keping burasak yang sudah siap dibungkus dan direbus dengan harga RM8 selain menawarkan pakej Ramadan beserta rendang dan ayam masak Bugis.

"Pelanggan juga boleh membeli set lauk bersama lima keping burasak dan lima lepat loi. Pakej yang ditawarkan oleh Burasak Induk Tok ini adalah set ayam masak Bugis (RM11) dan set rendang daging (RM12) yang menjadi pilihan utama pelanggan. 

Menurut Siti Nor Isah, beliau juga menawarkan burasak sejuk beku dan sering mendapat tempahan luar daerah termasuk Kuala Lumpur.

"Saya berharap perniagaan burasak jenama Induk Tok ini akan lebih dikenali oleh masyarakat. Meskipun banyak cabaran yang perlu ditempuhi, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk memperkukuhkan jenama ini,” katanya sambil berharap lebih ramai golongan muda mempelajari kaedah memasak makanan tradisional itu agar tidak hilang di telan zaman.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers