Pematuhan PKP secara pentadbiran di Jalan Pudu 90 peratus - Polis #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal
Pematuhan PKP secara pentadbiran di Jalan Pudu 90 peratus - Polis Pematuhan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di Jalan Pudu, di sini mencapai tahap 90 peratus dengan penduduknya memberikan kerjasama baik serta tidak melanggarkan arahan.
Menurut sumber polis, kadar pematuhan penduduk di Jalan Pudu memuaskan di samping tidak berlaku sebarang kejadian jenayah.
Menurutnya, polis tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk dan mereka juga dibenarkan keluar untuk membeli makanan serta barang keperluan lain namun hanya ketua dan wakil keluarga yang dibenarkan berbuat demikian.
"Semuanya memberikan kerjasama yang baik dan mendengar arahan daripada petugas kesihatan.
"Selain itu, mereka (penduduk) juga akur dengan perintah kawalan secara pentadbiran dilakukan terhadap kawasan mereka demi memastikan wabak COVID-19 tidak menular keluar," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada Jumaat lepas, pagar kawat duri dipasang dari D'Majestic Place hingga ke persimpangan Jalan Pasar/Jalan Pudu dan Jalan Landak oleh Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19 selain penduduk di situ diminta menjalani saringan untuk virus itu.
Selain itu, berdasarkan pemerhatian Bernama sejak tengah hari tadi, proses saringan COVID-19 yang dilakukan di sekitar Jalan Pudu terkawal dan penduduk di kawasan kawalan secara pentadbiran itu memberikan kerjasama baik.
Tinjauan Bernama mendapati proses memanggil dan membuat saringan terhadap penduduk dilakukan oleh para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang bermula 10 pagi tadi.
Sementara itu, seorang lelaki berusia lewat 40-an hanya mahu dikenali sebagai Lee Tak memberitahu Bernama beliau bersama beberapa ahli keluarganya telah disaring oleh petugas kesihatan beberapa hari lepas.
Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Jalan Pasar Pudu tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebaliknya kawalan secara pentadbiran dengan penduduk kawasan itu masih dibenarkan keluar memberi barangan keperluan.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.