RM1j terkumpul dalam 21 hari

PUTRAJAYA: Hanya dalam tempoh 21 hari, Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad yang dilancarkan 24 November lalu berjaya mengumpul dana lebih RM1 juta, hasil sumbangan orang ramai dan badan korporat.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Media Prima, Mastura Adnan, berkata jumlah itu membuktikan keprihatinan rakyat negara ini terhadap penderitaan yang ditanggung penduduk Semenanjung Gaza di Palestin.

RM1j terkumpul dalam 21 hari


“Kita amat bersyukur dengan sikap pemurah yang ditunjukkan semua pihak sama ada orang ramai atau badan korporat sehingga kita berjaya mengumpul lebih RM1 juta dalam tempoh kurang sebulan.

“Sumbangan ini akan diserahkan kepada Mercy Malaysia pada akhir bulan ini untuk disalurkan kepada masyarakat Palestin, tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas menerima cek sumbangan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kementeriannya di sini, semalam.


Ismail Sabri menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM249,127.95 kepada tabung berkenaan hasil sumbangan daripada kementerian dan beberapa agensi dibawahnya.


Mastura berkata, beliau yakin dapat meraih sumbangan lebih RM1.5 juta dalam tempoh sebulan.

“Ini kerana kita menerima banyak maklum balas dan komitmen daripada agensi dan kementerian serta badan korporat yang berminat menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima,” katanya Sehubungan itu, beliau berkata, Media Prima sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak sama ada sektor korporat dan swasta yang ingin memberikan sumbangan kepada tabung kemanusiaan terbabit.


Selain itu, katanya sumbangan juga boleh dibuat menerusi akaun Maybank bernombor 564276510331.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers