Tun Dr M Kongsi Rahsia Depan SRK

KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2012: Siapa sangka dalam riak wajahnya yang sentiasa tersenyum dan kurang berkata-kata, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita sayangi sebenarnya pandai berjenaka.

Kemunculan megastar popular dari Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan malam semalam telah membuatkan Tun Dr Mahathir berbesar hati berkongsi salah satu rahsianya kepada lebih 200 tetamu memandangkan bintang itu terlebih dahulu telah mendedahkan rahsianya.

"Memandangkan Shah Rukh Khan sudahpun dedahkan bahawa saya sering meraikan ulang tahun hari lahir sebanyak dua kali, saya rasa ianya tidak akan menjadi rahsia. lagi. Dalam setahun saya memang menyambut ulang tahun sebanyak dua kali.Itulah rahsia untuk kekal muda.



"Rasanya tak salah meraikan ulang tahun dua kali atau tiga kali dalam setahun kerana dengan cara itu saja kita boleh dapat banyak hadiah," katanya berjenaka di hadapan SRK dan tetamu yang menghadiri sambutan ulang tahunnya yang ke-87 malam semalam.

Majlis sambutan ulang tahun Tun Dr Mahathir telah di adakan penuh eksklusif di Hotel Le Meridien yang telah dianjurkan oleh pembuat sut terkenal, Lord's Tailor yang juga merupakan pembuat sut kegemaran tokoh pemimpin berkenaan untuk lebih 25 tahun.

Mengalu-alukan kehadiran Shah Rukh Khan yang baru saja mendarat dengan jet peribadinya beberapa jam selepas majlis bermula, Tun Dr Mahathir berkata megastar itu miliki aura yang kuat dan sangat disayangi oleh peminatnya di negara ini.

Malah dia amat berbesar hati apabila Shah Rukh Khan bersetuju menerima undangannya untuk bertandang kenegara ini (walaupun seketika) bagi meraikan ulang tahunnya itu bersama peminatnya di sini.

"Lihat Shah Rukh Khan yang baru berusia 47 tahun. Betapa mudanya dia. Sebab itulah orang sentiasa suka dan sayangkannya.

"Apa yang pasti saya tidak akan melupakan sambutan ulang tahun saya ini kerana ianya cukup istimewa. Kerana tahun depan saya akan berusia 88 tahun. Kerana walau diterbalikkan angka itu sekalipun ianya akan tetap sama," katanya sekali lagi membuatkan tetamu tertawa.

Selain pelanggan setia Lord's Tailor, beberapa selebriti popular tanah air seperti Eja, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Yusni Hamid, Vanida Imran, Fizz Fairuz, Rashidi Ishak, Sofea Jane dan Esma Daniel telah hadir ke majlis berkenaan.








Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers