Mlm 2013: Boboi Akhirnya Tersingkir Di Minggu Keenam

Mlm 2013: Boboi Akhirnya Tersingkir Di Minggu Keenam

Mlm 2013: Boboi Akhirnya Tersingkir Di Minggu Keenam
Mlm 2013: Boboi Akhirnya Tersingkir Di Minggu Keenam

Selepas mengejutkan kita semua dengan permintaan untuk menarik diri di minggu keempat, hasrat kumpulan Boboi akhirnya tercapai di Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) minggu keenam malam tadi apabila mereka menjadi peserta terbaru yang disingkirkan.

Penyingkiran Boboi itu diumumkan Sheikh Haikel yang merupakan salah seorang dari empat juri tetap untuk MLM 2013 kali ini. Boboi yang dianggotai oleh dua selebriti veteran iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik merupakan peserta senior kerana telah pun menyertai MLM sebanyak tiga kali termasuk kali ini.

Boboi tersingkir di minggu yang bertemakan `Loghat` di mana setiap peserta harus mempersembahkan sketsa lawak yang mengandungi loghat masyarakat tertentu. Selain Boboi, dua lagi kumpulan yang berada di kedudukan tiga terbawah ialah Sepahtu dan Wala.

Antara perkara baru pada minggu ini ialah pemilihan untuk peserta individu yang akan dinamakan sebagai `Man of The Match` dan untuk minggu ini ianya berpihak kepada Shahrol dari kumpulan Shiro.

Dengan penyingkiran Boboi, ini bermakna sembilan lagi peserta bakal meneruskan cabaran MLm 2013 pada minggu ketujuh minggu hadapan.

MLM 2013 minggu ke-6 telah bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal. Selain Sheikh Haikel tiga lagi juri tetap ialah Luna Maya, Datuk Yusof Haslam dan Nora Danish.

Rancangan ini turut disiarkan di Astro Warna (131) dan Astro Mustika HD (134).

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu ketujuh pada minggu hadapan.

Comments

  1. Replies
    1. tu la kan? patut tak teruk sangat dorang buat lawak pun heheee

      Delete
  2. singgah di sini sambil klik iklan..sihat ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah yer? is sihat je cuma bz sikit dok tolong buat SKM geram rm 1 k tu.

      Delete
  3. Replies
    1. errkkk apakah yg tidak berwarnanya? astro warna kah? hehehe consider untuk pasang Skybox murah hehehee

      Delete
  4. sy dah klik apa yg patut.. nice review btw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana tahu nak buat apa yg patut hehehehe :)

      Delete
  5. aiza tak dapat tengok sebab di rumah takde astro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaamakk hmmm tapi tak per Aiza kat youtube dorang upload video rakamannya, leh gak tengok is pun tengok kat youtube je nak kejar masa tengok kat tv memang takder masa punya, tv kat rumah naik bersawang dah tak sentuh hehehehe

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers