Anugerah Meletop Era Bukan Sambungan Anugerah Era

Anugerah Meletop Era Bukan Sambungan Anugerah Era

Anugerah Meletop Era Bukan Sambungan Anugerah Era
Anugerah Meletop Era Bukan Sambungan Anugerah Era

Bagi memberi pengiktirafan kepada karya kreatif yang dihasilkan oleh penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital, Astro telah memperkenalkan Anugerah MeleTOP Era (AME) yang bakal diadakan pada 8 Februari 2014 menerusi saluran Astro Ria, Maya HD dan Astro Hitz.

Sebanyak 16 kategori diperkenalkan menerusi anugerah ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Kumpulan Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Baru Radio Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.

Turut diperkenalkan Program TV Meletop, Bintang TV Meletop, Bintang Siber Meletop, Couple Meletop, Artis Baru Meletop, Fesyen Meletop selain Artis Serantau Meletop.

Bagi pencalonan awal, pihak penganjur menyenaraikan nama 20 pencalonan bagi setiap kategori untuk membolehkan lima daripadanya tersenarai pada peringkat akhir.

Undian fasa pertama untuk memilih lima terbaik dibuka dengan cara undian secara dalam talian bermula 10 Disember 2013 hingga 10 Januari 2014.

Sementara itu, kewujudan kategori Artis Serantau Meletop dijangka tidak akan mencetuskan kontroversi berkaitan penglibatan artis-artis negara luar pada acara berprestij itu nanti.

Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, pihaknya yakin tiada sebarang isu yang akan dibangkitkan berkaitan kategori tersebut kerana ia sekadar tanda pengiktirafan kepada artis negara luar yang berjaya menembus pasaran di negara ini.

Putri ditemui pada majlis sidang media Anugerah Meletop Era di Hotel Double Tree pada Khamis.

Pada majlis tersebut pihak penganjur turut mengumumkan barisan pengacara yang akan mengendalikan acara berkenaan iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.

Dalam pada itu, Pengurus Radio Era FM, Nazri Noran berkata AME merangkumi keseluruhan seni tanah air termasuk penggunaan media baru yang sedang menjadi ‘trend’ masyarakat hari ini.

Nazri turut menjelaskan AME adalah sebuah anugerah baru daripada Astro dan tidak ada kaitan dengan Anugerah Era yang pernah dianjurkan sebelum ini.

“Kali terakhir Era FM menganjurkan anugerah pada 2007 dan ianya lebih tertumpu untuk mengiktiraf artis yang terlibat dalam bidang muzik menerusi undian peminat. Kini, tampilnya AME hasil kolaborasi Astro dan Era FM dijangka akan melakar fasa baru dalam industri hiburan tempatan,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers