Coret-coret Menarik Sekitar AIM20

Coret-coret Menarik Sekitar AIM20

Coret-coret Menarik Sekitar AIM20
Coret-coret Menarik Sekitar AIM20

Penghujung minggu lalu telah berlangsungnya majlis penganugerahan yang diberikan khusus kepada penggiat dan penggerak kepada industri muzik tempatan dalam Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20).

Murai juga tidak ketinggalan menjadi antara hadirin yang memenuhi Stadium Putra, Bukit Jalil yang menjadi lokasi acara anugerah yang memasuki siri yang ke 20 itu sejak mula diperkenalkan pada 1994.

Selain daripada kemunculan para selebriti dan pemuzik tempatan dalam persalinan Black Tie mengikut dresscode bagi malam tersebut, persembahan serta keseluruhan majlis sudah tentunya meninggalkan momen yang tersendiri.

Jom kita tengok corat-coret sepanjang AIM 20 yang menjadi penutup tirai majlis anugerah buat karyawan seni tempatan.

Corat-Coret AIM 20:

I) Gandingan Datuk Aznil Hj Nawawi dan Nabil Ahmad serasi daripada sudut menghiburkan para hadirin dengan celoteh mereka yang tidak berhenti. Namun begitu penggunaan lawak yang berlebihan dirasakan agak keterlaluan hingga ia diperkatakan di laman sosial seperti Twitter terutamanya. Ramai yang beranggapan AIM diletakkan setaraf dengan anugerah Grammy di peringkat antarabangsa dan ia sepatutnya tidak sepenuhnya dilaksanakan secara santai dan bersahaja dengan lawak dan penyampaian anugerah yang dirasakan meleret.

II) Persembahan pembukaan yang gah dengan lontaran vokal Ning Baizura yang diberikan penghormatan mendendangkan lagu Curiga diikuti Spider dengan Relaku Pujuk serta Aizat dengan Lagu Kita seakan menenggelamkan persembahan seterusnya dan tidak dapat menonjol dek pembukaan hebat itu. Album Dekat Padamu yang memuatkan lagu Curiga merupakan Album Terbaik dinobatkan pada AIM yang pertama diadakan pada 1994. Jadi tidak hairanlah mengapa Curiga boleh dikatakan signifikan dan membawa penonton semua kembali mengingati detik permulaan anugerah berprestij itu.

III) Keputusan bagi anugerah yang disampaikan pada malam itu ada yang mengejutkan dan mungkin antara faktor penyebab para pemenang tidak hadir kerana menyangkakan tidak akan memenangi kategori yang mencalon setiap daripada mereka. Antara nama besar yang tidak kelihatan pada malam itu adalah Dayang Nurfaizah, Yuna, dan Once Mekel yang memenangi anugerah Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dinyanyikan Oleh Artis Luar Negara.

IV) Kemenangan lagu In The House hasil kolaborasi DJ Goldfish, Blink dan rapper Altimet serta penyanyi ZE untuk anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik telah mengalih tumpuan penonton kerana ZE tampil dalam pakaian yang daring dan rambut palsu serta gaya yang berani sehingga ada yang menggelarkannya Nicki Minaj Malaysia.


V) Kemungkinan ramai yang lebih mengenai Datuk Tony Fernandes sebagai Mr Air Asia iaitu orang yang bertanggungjawab dengan kejayaan ditunjukkan syarikat penerbangan tambang murah itu. Ramai yang tidak mengetahui pembabitan besarnya dalam industri muzik tempatan selepas pernah menjawat jawatan yang tingging di sebuah syarikat rakaman terkenal tempatan. Dek kerana usaha dan kegigihan yang tunjukkan figura terkenal dengan jenama Air Asia itu dalam dunia muzik dan menerajui Warner Music disaat kebangkitan muzik dangdut dan nasyid sehingga Raihan terjual 3 Juta unit, Anugerah Sri Wirama dianggap penghargaan terbaik buat Tony Fernandes yang juga antara individu awal terlibat dalam keputusan untuk mewujudkan AIM

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers