Salamiah Hassan Akui Gementar Untuk Jayakan Konsert Pertamanya
Salamiah Hassan Akui Gementar Untuk Jayakan Konsert Pertamanya |
Nama Salamiah Hassan telah pun mewarnai industri seni nyanyian sejak 42 tahun yang lalu, namun sepanjang pembabitannya itu, inilah kali pertama Salamiah Hassan mengadakan konsert dan lebih menarik lagi ia diadakan khas untuk para peminat yang telah lama menyokong kariernya sebagai anak seni selama ini.
Penyanyi kecil molek bersuara emas telah memilih Panggung Sari Istana Budaya sebagai lokasi persembahan, Konsert Gelombang Salamiah Hassan bakal diadakan pada 10 hingga 12 Januari 2014.
Bagaimanapun, akui Salamiah Hassan walaupun sudah hampir lima dekad bergelar penyanyi dia akui masih merasa sedikit gementar untuk mengadakan konsert.
“Konsert Gelombang ini adalah sesuatu yang paling bermakna buat saya dan sudah tentu demi peminat saya akan melakukan yang terbaik dan mereka juga pasti mengharapkan ‘sesuatu’ daripada saya.
“Sudah lama saya pendam untuk mengadakan konsert, akhirnya impian itu tercapai. Terima kasih buat sahabat saya Raja Azmi kerana ‘berani’ memujuk saya untuk bersetuju dengan konsert ini,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran ‘Konsert Gelombang Salamiah Hassan’ di Double Tree Hilton, pada petang Rabu.
Akan dibahagikan kepada beberapa segmen, Konsert Gelombang Salamiah Hassan turut menampilkan Atilia sebagai penyanyi jemputan.
Elemen klasik menjadi taruhan kepada pembikinan konsert yang boleh dilabelkan sebagai 'perjalanan empat dekad' Salamiah Hassan dalam dunia seni suara.
Konsert itu juga menampilkan nama-nama besar seperti Raja Azmi sebagai penerbit, Pat Ibrahim selaku Pengarah, Aubrey Suwito pula bakal mengambil tempat sebagai Pengarah Muzik dan Raja Malek, Penata Seni.
Pernah menghasilkan 9 buah album EP, 4 album studio, 3 album runut bunyi dan satu album khas iaitu Bakat TV 1971, Salamiah Hassan bakal menerbitkan satu album baru yang akan dilancarkan pada 8 Januari 2014 semasa konsert tersebut.
Album yang diberi tajuk 'AKU' merupakan sebuah album yang menghimpunkan lagu-lagu terbaiknya serta lagu-lagu melayu klasik lama yang diberi nafas baru oleh penerbit dan pengarah muzik Aubrey Suwito.
Selain dikenali sebagai artis rakaman, Salamiah Hassan juga merupakan penyanyi lagu-lagu iklan tv, atau jingles. Antara iklan tv yang menggunakan suaranya sebagai jingles ialah iklan nescaffe, Paddle Pop dan banyak lagi.
Penggemar muzik melayu klasik dan peminat Salamiah Hassan, jangan lupa untuk menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan bermula 10-12 Januari 2014.
Untuk menempah secara online konsert ini, boleh layari www.ticket2u.biz atau hubungi talian hotline 03- 4147 8600 / 019-211 1600.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.