Tiada Tajaan, Perkahwinan Aril Pilus 100% Guna Duit Sendiri

Tiada Tajaan, Perkahwinan Aril Pilus 100% Guna Duit Sendiri

Tiada Tajaan, Perkahwinan Aril Pilus 100% Guna Duit Sendiri
Tiada Tajaan, Perkahwinan Aril Pilus 100% Guna Duit Sendiri

Tidak seperti mana pasangan selebriti lain yang menerima tajaan untuk majlis perkahwinan mereka, bekas naib juara AF7, Aril Pilus akan menggunakan wang daripada titik peluhnya untuk mengadakan majlis perkahwinan dan tidak menerima tajaan mana-mana pihak.

Dalam laporan mStar Online hari ini, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, berkata, semua perbelanjaan perkahwinannya adalah hasil wang simpanan dan sedikit pelaburannya sepanjang menjadi artis.

Aril akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pramugari Saudi Arabian Airlines, iaitu Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, hari ini selepas solat Jumaat.

Majlis akad nikah bakal berlangsung di kampung pengantin perempuan iaitu di Wakaf Che Yeh, Kota Baharu, Kelanta n.

Penyampai radio Era FM itu berkata, dia turut berasa gemuruh untuk melalui detik-detik bergelar suami dan bagaimanapun dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini.

“Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak,” katanya lagi.

Sementara itu, Aril berkata, majlis persandingan di Kuala Lumpur untuk rakan-rakan dan media akan diadakan pada Mac tahun hadapan.

"Pada majlis nikah, kami buat secara kecil-kecilan dahulu kerana bakal isteri saya hanya dapat cuti dua hari sahaja dan pada Mac nanti baharulah kami adakan untuk rakan-rakan dan media," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang keistimewaan Puteri, Aril memberitahu wanita itu mempunyai kelembutan dan ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan isteri.

Dia juga tidak menghalang untuk isterinya terus bekerja sebagai selepas berkahwin nanti.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers