Chef Wan Puas Pusing Malaysia Promote Tahun Melawat Malaysia

Chef Wan Puas Pusing Malaysia Promote Tahun Melawat Malaysia

Chef Wan Puas Pusing Malaysia Promote Tahun Melawat Malaysia
Chef Wan Puas Pusing Malaysia Promote Tahun Melawat Malaysia

Ceruk mana saja yang tidak pernah diselurusi oleh  chef selebriti popular, Datuk Chef Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam melebarkan sayapnya sebagai chef terkenal bertaraf dunia.

Bukan sahaja Eropah, malah seantero Asia, Amerika Syarikat malah Timur Tengah, juga pantai-pantai indah di Caribbean juga telah dijelajahinya bersama resipi menyelerakan yang diabadikan di program televisyen mahupun buku masakannya. 

Bagai sirih pulang ke gagang, Duta Makanan Malaysia itu nampaknya telah berbesar hati menjayakan siri program masakan istimewa bertajuk Wan Malaysia yang menyaksikan chef petah itu menjelajah 13 destinasi di seluruh negara.

Bakal disiarkan di Astro Prima pada 18 Januari 2014, Chef Wan berkata kepada portal murai.com.my, bahawa dia sangat seronok dalam menjayakan penggambaran siri program masakan bercorak perlancongan dan pengembaraan itu.

Malah sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan, Kementerian Pelancongan telah berbesar hati menjadi pencetus idea bagi merealisasikan program masakan berkenaan bagi memperkasakan industri pelancongan negara.

Antara destinasi yang dikunjungi Chef Wan untuk menjayakan program masakan bagi mempromosi masakan tempatan di mata dunia itu ialah Sungai Pasu, Pahang, Cameron Highlands, Negeri Sembilan dan juga Melaka.

Daripada foto yang dikirimkan Chef Wan kepada portal murai.com.my, mendapati tukang masak berkenaan tidak perlu memasak sebaliknya hanya bertandang ke lokasi berkenaan untuk menjamu selera dengan juadah tradisi serta ala kampung.

Lebih menarik lagi apabila kali ini Chef Wan telah bertandang ke beberapa homestay di beberapa daerah seluruh negara dan juga tempat menarik yang wajib dikunjungi oleh rakyat tempatan mahupun pelancong.

Teks oleh Haswari Ali

Email: ayie@astro.com.my

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers