Jackie Chan Tidak Puas Hati Dengan Filem Aksi, Ingin Watak Cinta

Jackie Chan Tidak Puas Hati Dengan Filem Aksi, Ingin Watak Cinta

Jackie Chan Tidak Puas Hati Dengan Filem Aksi, Ingin Watak Cinta
Jackie Chan Tidak Puas Hati Dengan Filem Aksi, Ingin Watak Cinta

Lagenda filem aksi bertaraf antarabangsa kelahiran Hong Kong, Jackie Chan meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan perkembangan kebanyakan filem aksi hari ini terutama filem aksi yang melibatkan seni mempertahankan diri.

Bagi aktor dan pengarah berusia 59 tahun ini, penghasilan kebanyakan filem aksi zaman sekarang rata-rata menggunakan 'sentuhan' teknologi.

Sekaligus menyebabkan nilai dan keaslian sesebuah filem aksi itu semakin hilang sehingga adakalanya menjadikan karya tersebut tidak realistik.

Jackie Chan yang telah melakonkan lebih 150 filem aksi berkata demikian sewaktu berkunjung ke Malaysia bagi memenuhi jadual promosi filem terbarunya, Police Story 2013.

Tambah Jackie lagi, tempoh pembikinan sebuah filem aksi juga sudah dipendekkan. Kalau kira-kira 10 tahun dulu, untuk sebuah filem aksi memerlukan masa sekurang-kurang enam bulan. Berbeza dengan penggambaran hari ini yang mengambil masa hanya dua bulan.

Ini kerana kebanyakkan penerbit ingin memotong kos penerbitan, kerana itu tempoh masa penggambaran dipendekkan. Sekaligus elemen seni mempertahankan diri yang diketengahkan kurang menarik dan kurang memberi impak yang sebenar.

Justeru, Jackie memberitahu demi memastikan kemahiran seni mempertahankan diri dalam dunia lakonan tidak hilang ditelan zaman, beliau berhasrat mahu menubuhkan sebuah Akademi khas untuk pelakon-pelakon aksi seni mempertahankan diri.

Sementara itu, Jackie turut mendedahkan yang dia sudah berasa letih kerana sering berlakon melibatkan seni mempertahankan diri sejak tahun 1960-an.

Pemilik nama sebenar Chan Kong Sang ini juga menambah yang dia teringin melakonkan watak-watak romantik dalam mana-mana filem cinta tetapi dapat merasakan peminatnya akan berasa pelik dengan watak sebegitu.

Saya teringin berlakon filem cinta namun sehingga kini belum ada lagi mana-mana penerbit yang ingin mengambil saya berlakon filem genre sebegitu ," katanya.

Filem lakonan Jackie iaitu Police Stories 2013 akan ditayangkan di pawagam bermula 18 Disember ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers