Dah otak pencuri

NUSAJAYA: Sejak bercinta hingga berkahwin, perangai masih tidak berubah dan itu yang dilakukan sepasang suami isteri apabila menjadikan kegiatan pecah rumah sebagai kerjaya untuk meneruskan kehidupan seharian.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 26 tahun dan isterinya berusia 22 tahun dikatakan mendirikan rumah tangga setahun lalu dan mempelajari kaedah memecah masuk rumah bersama-sama sebelum mempraktikkannya untuk mendapatkan wang mudah.

Namun, kelicikan pasangan itu yang terbabit dengan sekurang-kurangnya 11 kes pecah rumah sekitar daerah ini dan daerah berhampiran berakhir selepas mereka ditahan polis di sebuah rumah di Taman Skudai Baru, di sini, jam 9.30 pagi kelmarin.

Dah otak pencuri


Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, penahanan pasangan terbabit yang masih belum mempunyai anak dilakukan hasil risikan serta maklumat awam.


“Hasil pemeriksaan, polis merampas satu beg mengandungi pemutar skru, gerudi dan kunci pendua yang diubah suai.


“Kami turut menemui sebuah beg jenama Hush Puppies mengandungi dua kotak syiling mata wang Singapura, satu bateri komputer riba serta satu kotak jam mengandungi aksesori wanita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga merampas empat telefon bimbit, satu set butang baju Melayu, satu kamus digital jenama Apple, dompet wanita dan satu cukai jalan sebuah kereta.


“Turut dirampas sebuah Perodua Viva putih dipercayai digunakan suspek ketika menjalankan kegiatan pecah rumah.

“Barangan lain yang dirampas termasuk 11 utas rantai leher berwarna perak, tiga utas gelang tangan, 13 bentuk cincin, jam tangan pelbagai jenis, rangka kunci dan wang kertas pelbagai mata wang.


“Hasil siasatan awal, suspek mengaku terbabit dalam sekurang-kurangnya 11 kes pecah rumah sekitar Nusajaya dan Johor Bahru Utara (JBU) dan mereka mula aktif melakukan kegiatan itu sejak setahun lalu,” katanya.


Hashim berkata, kedua-dua suspek yang menganggur bergerak pada waktu siang ketika mangsa keluar bekerja dan menjadikan rumah di kawasan sunyi sebagai sasaran.


“Hasil ujian air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers