Daftar semua tabung

KUALA LUMPUR: “Perlu ada pendaftaran bagi semua tabung bantuan ke Gaza bagi mengelakkan berlakunya penipuan atau ketirisan dana yang boleh menjejaskan matlamat dan niat rakyat Malaysia untuk membantu.

“Mungkin Wisma Putra boleh pantau kerana kita bimbang jika tidak dikawal ia mengundang pelbagai kemungkinan termasuk disalahgunakan,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan.

Katanya, ketika ini, sebagai salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama membantu saudara seagama di Gaza, pihaknya bekerjasama rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan di Palestin dan menerima laporan secara terus bagi setiap sumbangan yang diberikan.

Daftar semua tabung


“Abim menguruskan sumbangan di sini dan kita serah kepada NGO di Palestin. Setiap tiga bulan sekali kita hantar wakil untuk melihat sendiri sejauh mana semua sumbangan itu memberi kesan kepada masyarakat di Gaza,” katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) wujudnya pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas penderitaan penduduk di Gaza dengan mewujudkan tabung derma tanpa diketahui ke mana ia disalurkan.

Dalam satu pertemuan bersama Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh kelmarin, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendedahkan pihaknya menerima aduan orang ramai yang sangsi dengan status sumbangan mereka sama ada sampai terus ke negara itu atau tidak.

Sementara itu, wakil Aman Palestin, Anas Abdul Wahab berkata, sebagai pertubuhan yang mengutip sumbangan orang ramai sejak 2004, pihaknya turut berdepan dengan pertanyaan masyarakat mengenai status bantuan, namun ia terjawab dengan adanya kerjasama baik antara agensi berkaitan termasuk hotel.

“Bagi kami di Aman Palestin, semua tabung dan kotak sumbangan diletakkan di restoran serta hotel, bergantung kepada permintaan mereka. Malah, kami ada perjanjian dan rekod mengenai bagaimana kutipan itu dibuat serta kepada siapa disalurkan.

“Sebagai badan yang bergerak atas tiket kemanusiaan sejak sekian lama, saya dapati orang ramai yakin dengan gerak kerja kami. Semua bantuan yang diberikan dipecahkan kepada anak yatim, keluarga miskin, ubat-ubatan selain mengusahakan tanah pertanian di bumi Palestin secara mikro kredit,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai gesaan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh bahawa kawasan lain di Palestin seperti Hebron dan Baitulmaqdis turut memerlukan perhatian masyarakat dunia, Anas berkata, pihaknya sedar bahawa wujud pihak berkuasa di Gaza dan Tebing Barat, namun tumpuan kini lebih terarah kepada Gaza kerana paling kritikal.

“Bantuan yang kita sampaikan turut meliputi kawasan di Tebing Barat, tetapi ketika ini lebih kepada Gaza. saya harap, orang ramai boleh rujuk terlebih dulu dengan pihak berkaitan untuk mengetahui perkembangan lanjut,” katanya yang baru selesai Misi Solidariti Aman Palestin, kelmarin.

“Memang ada segelintir mereka yang ambil kesempatan untuk mengaut untung mudah. Nama Aman Palestin sendiri pun pernah digunakan untuk memungut derma sedangkan kami langsung tidak mengetahui wujudnya tabung itu,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers