Aliran kenderaan di beberapa negeri meningkat - Bukit Aman #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal
Aliran kenderaan di beberapa negeri meningkat - Bukit Aman Aliran trafik di kebanyakan negeri dilapor meningkat dari semasa ke semasa, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.
Bagaimanapun, beliau berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kesesakan di lebuh raya.
"Polis ada menerima laporan aliran ikut tempoh masa daripada pelbagai negeri namun ia hanya melibatkan peningkatan aliran trafik,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KL-Karak dari Gombak ke Bentong, Azisman berkata ia susulan pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya.
Katanya, sekatan jalan raya itu bertujuan memastikan orang ramai patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak melakukan perjalanan rentas negeri.
Hari ini, tular rakaman video menunjukkan kesesakan di sekitar Lebuhraya KL-Karak dari Gombak ke Bentong.
-- BERNAMA

Owh.. sesak sebab sekatan.. ingatan ramai yang keluar..
ReplyDeletebaut masa skang sekatan jalan raya terbaik kalis tembus
Delete