Jangan buang masa mohon rentas negeri untuk balik raya - Polis Johor #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal
Jangan buang masa mohon rentas negeri untuk balik raya - Polis Johor | Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang masa memohon perjalanan rentas negeri untuk pulang berhari raya.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kebenaran hanya diberikan untuk kes kecemasan sahaja.
Beliau berkata polis menerima 1,000 hingga 1,500 permohonan rentas negeri daripada orang ramai setiap hari sejak beberapa hari lepas di balai polis seluruh negeri dengan kira-kira 70 peratus daripadanya adalah permohonan untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing.
"Kita hanya benarkan rentas negeri bagi kes kecemasan sahaja. Oleh itu, jangan buang masa anda membuat permohonan jika itu alasannya mahu rentas negeri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terus berdegil mengambil kesempatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini untuk pulang ke kampung mereka.
“Jika masih terus berdegil, mereka akan diarahkan berpatah balik di pintu keluar negeri. Masih ada 33 Sekatan Jalan Raya (SJR) di pintu keluar negeri ini termasuk di lebuh raya dan jalan negeri atau kampung dan jika tiada surat kebenaran mereka akan diarahkan berpatah balik," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.