Ziana Zain Bakal Muncul Dengan Album Baru Tahun Ini

Ziana Zain Bakal Muncul Dengan Album Baru Tahun Ini

Ziana Zain Bakal Muncul Dengan Album Baru Tahun Ini

Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 45, akui bakal kembali melahirkan sebuah album solo yang dijangka akan diterbitkan  dalam tahun ini.

Ziana Zain berkata setelah lebih sepuluh tahun lalu tidak menerbitkan album baru dan telah menyimpan hasrat untuk merakamkan album solo, akhirnya masanya akan tiba jua tidak lama lagi.

“Album solo terakhir saya pada tahun 2000, dan kini saya rasa adalah masa yang sesuai untuk saya kembali merakamkan album solo.

“Sekarang ini baru dalam proses mencari material lagu yang akan dimuatkan dalam album. Dijangka 8 hingga 10 buah lagu baru akan dimuatkan di dalamnya.

“InsyaAllah jika tiada aral yang melintang saya target dalam tahun ini juga album itu akan disiapkan serta release,” katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya semalam.

Penyanyi lagu Malah Berhelah itu memberitahu album solonya nanti bakal tampil dengan konsep yang berbeza daripada yang pernah dibawakan sebelum ini.

“Kali ini, adik saya sendniri iaitu Anuar Zain yang akan menjadi co –produser untuk album saya. Apa yang saya boleh katakan cara dan treatment yang berbeza yang akan ditampilkan dalam melodi dan cara nyanyian untuk album ini.

“Saya serahkan kepada Anuar untuk menjadikan ia satu kenyataan kerana dia memang minat untuk membantu,” jelasnya yang akan memuatkan lagu-lagu dari composer tempatan dan Indonesia.

Mengenai perkembangan lain, Ziana dan Awie serta Erra Fazira bakal muncul dalam pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita di Panggung Sari Istana Budaya pada 3 hingga 9 Mac 2014.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers