Hamil Kali Kedua, Irma Hasmie Rindu Berlakon
Meskipun putra sulung pelakon dan pengacara Irma Hasmie baru saja mencecah usia 10 bulan, tetapi dia dan suami telah dikejutkan dengan satu lagi berita gembira tentang kehamilan kali kedua.
Bercakap kepada portal murai.com.my selepas majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) semalam, Irma Hasmie dengan senyuman menguntum memberi tahu bahawa kandungan keduanya itu sudahpun memasuki usia 4 bulan.
Sama sekali tidak menjangka bakal hamil dalam masa terdekat,apatah lagi cahayamata sulungnya itu masih kecil, Irma Hasmie bagaimanapun bersyukur dengan kurniaan Tuhan itu dan berharap dapat melahirkan seorang bayi yang sihat.
“Saya memang tak merancang untuk mendapatkan bayi kedua dalam masa terdekat ini, apatah lagi bayi pertama saya baru saja berusia 10 bulan. Tapi Alhamdulillah syukur kepada kunianNya.
“Kalau nak ikutkan memang agak risiko untuk saya melahirkan bayi kedua ini kerana ketika melahirkan bayi pertama dulu saya lakukan secara pempedahan.
“Kerana doktor risau jika luka pembedahan itu masih belum pulih sepenuhnya. Tapi syukur selepas pemeriksaan semuanya berada dalam keadaan baik dan saya dibenarkan untuk terus dengan bayi kedua ini.
“Apa yang saya harapkan agar saya dapat melahirkannya secara normal. Kerana sakit melahirkan secara pembedahan Tuhan sahaja yang tahu terutama selepas proses kelahiran,” katanya yang bersifat terbuka dengan jantina bayi keduanya itu nanti.
Selepas berumah tangga pada Julai 2012, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer telah dikurniakan bayi pertama yang diberi nama, Redza Syah Irfhan.
Sibuk dengan tugasnya sebagai seorang isteri dan pengacara untuk program bual bicara berjudul Assalammualaikum di saluran Al-Hijrah untuk musim ke-3, Irma Hasmie berkata jauh disudut hatinya merindukan dunia lakonan.
Jelas Irma Hasmie, pelbagai tawaran telah datang ketangannya, bagaimanapun terpaksa ditolak dengan baik kerana komitmenya sebagai seorang surirumah dan juga hos rancangan kesukaan ramai itu.
“Sudah lebih setahun saya tidak berlakon. Tawaran tetap datang, tetapi saya terpaksa tolak. Kadang-kadang tu naik malu pula saya kerana asyik menolak tawaran mereka. Tapi saya harap mereka memahami.
“Tapi apa boleh buat. Saya sekarang terikat dengan program Assalammualaikum. Seawal jam 6 atau 7 pagi saya sudah berada di studio dan sebelum jam 12 tengah hari saya pulang ke rumah dan menjalani tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu.
“Memamg seronok bekerja sebagai pengacara kerana masanya tak terlalu panjang dan kita dapat kawal masa kita dan sama sekali berbeza dengan bidang lakonan yang mungkin lebih panjang masanya.
“Cuma bila sudah jadi isteri dan ibu, komitmennya jadi lain dan saya perlu memberi tumpuan kepada keluarga. InsyaAllah bila ada kesempatan pada masa akan datang saya akan kembali berlakon,” kata Irma yang bakal menjalani ibadah umrah bersama suami dan anak pada April ini.
Tambah Irma Hasmie lagi, suaminya tidak pernah melarang untuk dia kembali berlakon dan tidak pernah juga menegah untuk memegang babak cinta, asalkan tidak melanggar batas agama serta statusnya sebagai isteri dan juga ibu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.