Lagu Cintaku Mengatasi Segalanya Salamiah Hassan Ada Class

Lagu Cintaku Mengatasi Segalanya Salamiah Hassan Ada Class

Lagu Cintaku Mengatasi Segalanya Salamiah Hassan Ada Class

Selepas berlangsungnya konsert penyanyi veteran Salamiah Hassan di Istana Budaya baru-baru ini, Murai Batu terus bertanyakan kepada seorang teman yang sememangnya menyimpan album penyanyi hebat itu.

Yalah kalau nak harapkan Murai Batu, manalah ada Murai Batu menyimpannya sebab Murai Batu tidak lahir dalam era Salamiah Hassan dan hanya dua lagi saja yang familiar iaitu Gelombang dan juga Menghitung Hari

Nak dijadikan cerita dalam perjalanan Murai Batu ke satu destinasi, kami telah sama-sama mendengar album kompilasi Salamiah Hassan yang bertajuk Suatu Penantian yang telah diterbitkan oleh CBS Records sekitar tahun 1982.

Ha! Lihat tu. Kan Murai Batu sudah kata, memang bukan era Murai Batu.

Tapi percaya atau tidak, Murai Batu memang minat habis dengan lontaran suara Salamiah Hassan terutama lagu Wanita yang sering dimainkan di kaca TV ketika Murai Batu di zaman remaja dulu.

Apapun, dalam banyak-banyak lagu selain Gelombang dan Menghitung hari, terdapat dua lagu yang betul-betul menangkap di telinga Murai Batu iaitu Bintangmu Taurus dan juga Cintaku Mengatasi Segalanya.

Apa yang membuatkan Murai Batu tertarik dengan lagu Bintangmu Taurus kerana melodinya serta sebutan Taurus di mulut Salamiah Hassan yang cukup sempurna. Seperti perempuan mat salleh gitu.

Nak dijadikan cerita, ketika mendengar lagu itu, Murai Batu dan teman Murai Batu telah sama-sama memandang satu sama lain ketika Salamiah Hassan menyebut perkataan Taurus.

Kami berhenti seketika, lantas menyebabkan kami tersenyum dan terpinga-pinga. Adakah ini lagu Inggeris atau kami telah tersalah dengar? Memang kelakar detik itu.

Tapi apapun, satu lagi lagu yang memang menyebabkan kami memainkan berulang kali tak puas-puas iaitu lagu Cintaku Mengatasi Segalanya.

Bagi Murai Batu lagu berentak balada yang satu ini mempunyai nilai komersial yang terlalu tinggi dan tak salah kalau Murai Batu katakan, lagu itu takkan lapuk dek zaman. Maksudnya timeless, sebagaimana yang dikatakan teman Murai Batu.

Walau apapun dalam kami sedang asyik mendengar dan menyanyikannya seiringan berulang-ulang kali lagu berkenaan, kami mula terfikir alangkah baiknya jika Salamiah Hassan dapat merakamkannya semula dalam nafas baru.

Kami juga mula terfikir jika lagu itu dapat dinyanyikan oleh seorang penyanyi wanita muda yang dapat memberi dinamik supaya lagu itu uterus popular dan disukai ramai.

Murai Batu dan teman mula terbayang seorang penyanyi wanita yang mempunyai lenggok yang seakan sama dengan Salamiah Hassan. Jadi tak lain tak bukan ialah Dayang Nurfaizah.

Murai Batu percaya, jika diberi peluang lagu itu dirakamkan atau dipentaskan semula oleh Dayang Nurfaizah, tidak hairan ianya akan boom.

Mana tidaknya, jika Murai Batu dan teman-teman Murai Batu boleh jatuh cinta dengan lagu itu, mengapa tidak orang lain? Cuma mungkin perlu dipopularkan semula. Tak gitu?

Walau bagaimanapun itu hanya idea Murai Batu dan teman sahaja. Kami sekadar mengusul dan terpulanglah kepada salamiah Hassan dan Dayang Nurfaizah kerana kami percaya lagu Cintaku Mengatasi Segalanya memang ada class dan timeless.

Murai Batu: Nak lihat Salamiah Hassan buat persembah di atas pentas anugerah berprestij seperti ABP atau AIM.

Bintangmu Taurus, Suatu Penantian CBS Records 1982

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers