Hampir Dua Minggu Tayangan, Balistik Catat Kutipan Lebih Rm2.3 Juta

Hampir Dua Minggu Tayangan, Balistik Catat Kutipan Lebih Rm2.3 Juta

Hampir Dua Minggu Tayangan, Balistik Catat Kutipan Lebih Rm2.3 Juta

Hampir dua minggu ditayangkan di pawagam, filem terbitan Dato` Rosyam Nor, Balistik berjaya mencatatkan kutipan melebihi RM2.3 juta.

Ini merupakan satu petanda positif dengan kutipan tersebut kerana ianya berlaku di saat filem-filem tempatan lain mencatat kemerosotan dari segi kutipan tiket.

Selaku penerbit filem tersebut, Dato` Rosyam Nor mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang menonton filem berkenaan.

Jelasnya, dia mendapati rata-rata penonton yang menonton filem ini berpuas hati dengan hasil kerja produksinya.

Bagaimanapun menurut Rosyam, masih ramai peminat yang belum menonton kerana khuatir filem ini tidak dapat menambat hati mereka.

Dia juga mengharapkan ramai anggota polis yang akan menonton filem ini kerana tajuk Balistik tersebut cukup sinonim dengan kehidupan anggota polis.

Rosyam turut menambah yang filem Balistik tidak ditayangkan secara eksklusif di mana-mana stesen TV dalam masa terdekat.

Oleh itu peminat yang masih belum menonton disarankan pergi ke pawagam terdekat untuk merasai sendiri kepuasan filem aksi ini.

Tambahnya, filem ini masih diteruskan bergantung kepada hasil kutipan tiket dan sambutan peminat filem tempatan.

Masih mengekalkan genre gengsterisme, namun bukan hanya mengetengahkan aksi semata-mata tetapi banyak memberikan pengajaran kepada penonton seperti nilai kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan.

Filem yang dibikin dengan kos sebanyak RM2.5 juta ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Rosyam sendiri, Adi Putra, Rita Rudaini, Jack Lim, Raykarl Iskandar dan Datuk Rahim Razali, Mei Yan dan ramai lagi.

Mengenai masalah penurunan hasil kutipan filem Malaysia, Rosyam berpendapat lambakan filem yang tidak berkualiti juga merupakan salah satu faktor berlakunya masalah ini.

Baginya, peminat kini pandai memilih dan citarasa mereka semakin hari semakin tinggi.

Justeru ianya menjadi satu cabaran untuk setiap produksi untuk menghasilkan filem yang betul-betul menepati citarasa penonton.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers