Erra Fazira Dan Awie Tiada Masalah Untuk Bercinta Kembali

Erra Fazira Dan Awie Tiada Masalah Untuk Bercinta Kembali

Erra Fazira Dan Awie Tiada Masalah Untuk Bercinta Kembali

Erra Fazira akui tiada masalah untuk melahirkan kembali rasa cintanya kepada bekas kekasih, Awie hanya untuk menjayakan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana budaya pada 3 hingga 9 Mac depan.

Erra Fazira berkata dia yakin sebagai pelakon, Awie juga profesional untuk bekerjasama.

"Saya teruja untuk menjayakan konsert yang menggabungkan kembali saya dengan Awie dan Ziana Zain dalam filem Sembilu dulu. Saya rasa ianya bukan sahaja satu nostalgia pada diri saya malah pada peminat yang membesar dengan filem-filem kami.

"Saya tiada masalah untuk digandingkan kembali dengan Awie. Apatah lagi mewujudkan rasa cinta dalam konsert dan pementasan teaterikal ini kerana kami sama-sama pelakon.

"Sebagai seorang pelakon yang profesional, saya yakin apa yang dilakonkan nanti tidak akan terkesan pada diri masing-masing. Lagipun saya rasa semua pun kini sudah faham akan batas-batasnya," kata Erra Fazira.

Erra ditemui ketika sidang media Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya petang semalam.

Erra , Awie dan Ziana Zain bakal kembali bersama untuk mengimbau kenangan era kegemilangan filem-filem mereka bintangi yang pernah mencatat kutipan pecah panggung sekitar 20 tahun yang lalu dalam sebuah pemenyasan Konsert Teaterikal Suara Kita.

Lima filem yang bakal menjadi teras kepada pementasan teaterikal nanti adalah Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana 2 dan Merah.

Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sorotan babak babak dari filem-filem yang digabungkan sebagai teras dan latar penceritaan.

Sementara itu, Awie dalam sidang media memberitahu sebelum idea pementasan itu dilontarkan kepada dua jelitawan berkenaan dia sendiri sudah meminta persetujuan isterinya.

"Sebelum memulakan apa-apa langkah, saya terlebih dahulu meminta persetujuan isteri dulu kerana takut dia fikir yang bukan-bukan.

"Ketika mula-mula beritahu isteri memang dia terkejut tetapi setelah saya perjelas dan yakinkan dia pun tiada masalah untuk setuju. Lagipun dia peminat Erra dan Ziana,"jelasnya lagi.

Persembahan akan dimulakan dengan segmen konsert menampilkan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.

Setiap dari mereka akan menyampaikan beberapa buah lagu malar segar yang dipetik dari album-album solo mereka sebagai artis rakaman.

Segmen kedua adalah pementasan teaterikal/muzikal hasil nukilan pelakon, penerbit, penulis, pengarah teater dan pengarah filem ternama Eirma Fatima.

Bagi memeriahkan lagi suasana dan menghargai para peminat Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, para penonton yang membeli tiket berharga RM399.00 dan RM499.00 layak untuk mendapat jemputan khas ke majlis jamuan dan beramah mesra atau ‘post party’ bersama artis artis tersebut pada hari terakhir pementasan, 9 Mac 2014, jam 9.00 malam.

Bayaran tambahan adalah sebanyak RM 150.00 dan hanya terhad kepada 500 orang penonton sahaja.

Tiket sudah boleh didapati di www.ticket2u.biz

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers