Lisa Surihani Menyanyi Setelah Berbulan-bulan Dipujuk Yusry

Lisa Surihani Menyanyi Setelah Berbulan-bulan Dipujuk Yusry

Lisa Surihani Menyanyi Setelah Berbulan-bulan Dipujuk Yusry

Pelakon, Lisa Surihani mendedahkan sebenarnya dia bersetuju untuk menyanyi dalam lagu duet bersama suaminya, Yusry Abdul Halim setelah dipujuk berbulan-bulan oleh suaminya.

Lisa Surihani berkata dia tidak pernah terfikir untuk merakamkan lagu kerana selama ini hanya menyanyi secara suka-suka ,namun demi suami tercinta Lisa akhirnya bersetuju.

“Sebenarnya Yusry berusaha sedaya upaya memujuk saya untuk meramkamkan lagu bersama. Malah berbulan-bulan juga dia pujuk saya.

“Macam-macam cara dia buat untuk pujuk saya termasuk menyuruh ibunya iaitu ibu mertua saya sendiri meminta saya untuk menyanyi.

“Terus-terang saya tidak yakin untuk menyanyi kerana tak tahu dan tak bersedia untuk menerima pendapat orang mengenai suara dan nyanyian saya.

“Namun saya lakukannya juga demi Yusry, kerana dia kata sekurang-kurangnya kami ada love song bersama yang kenangannya boleh bawa kehari tua kami,” katanya kepada murai.com.my

Kini lagu duet mereka yang berjudul Kekasih Abadi itu sudah pun keudara di corong-corong radio Melayu tempatan termasuk EraFM dan HotFM.

Bagi melengkapkan lagi lagu cinta itu Lisa memberitahu, suaminya kini dalam perancangan untuk merakamkan muzik video untuk mereka berdua pula tidak lama lagi.

“Sebelum rakam lagu lagi, Yusry dah berangan dan merancang hendak kami rakamkan muzik videonya pula. Semua idea saya serahkan pada Yusry saya hanya ikut sahaja.

“Namun, saya cakap terus-terang, saya dan Yusry tak mungkin akan menyanyikan lagu ini dalam mana-mana persembahan. Cukuplah hanya rakamkan lagu sahaja kerana saya memang sangat gementar bila disuruh menyanyi depan orang ramai,” jelasnya lagi,

Lisa yang kini sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 bakal muncul dalam filem Dendam Orang Mati pada April akan datang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers