Kisah Langsuir Dambakan Afdlin Shauki Dalam Kami Histeria

Kisah Langsuir Dambakan Afdlin Shauki Dalam Kami Histeria

Kisah Langsuir Dambakan Afdlin Shauki Dalam Kami Histeria

Imbasan Awal

Kisah tentang lima orang gadis remaja yang berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut dan lagu tersebut menjadi hit hinggakan mereka yakin tanpa suara langsuir itu lagu mereka tidak boleh berjaya. Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya bagi meraih populariti untuk lagu ciptaan mereka seterusnya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit dia akan menuntut sesuatu dari mereka. Bermulalah adegan suspen dan lucu yang menjadi intipati utama filem ini.

Ulasan Penulis

Filem komedi seram memang makanan yang dinantikan oleh penonton filem masa kini dan Kami Histeria dijangkakan menepati citarasa umum. Dengan resipi yang diperbaharui ia dilihat dapat memberikan kelainan kepada filem arahan pertama Shamyl Othman ini.

Kepada penonton yang ingin menonton ‘Kami Histeria’, pastikan anda tidak terlepas babak permulaan yang menampilkan kelainan bersama lima orang gadis remaja yang mempunyai band sendiri yang bercita-cita untuk menjadi popular dan tidak sabar untuk memulakan rakaman lagu mereka di sebuah pangsapuri baru.

‘Kami Histeria’ juga menampilkan aksi mereka berlima bermain alat muzik dan juga vokal Diana Danielle selaku penyanyi utama kumpulan tersebut. Filem ini juga tidak lari dari genre yang dipilih dan Fazura yang memegang watak sebagai Cik Lang iaitu seekor langsuir yang cantik dan suka menyanyi amat menjadi.

Mengulas mengenai babak kelakar yang terdapat dalam filem ini, tidak dinafikan pengarah, Shamyl Othman bijak menyelitkan babak-babak tersebut ketika mereka berlima berada dalam situasi yang mendebarkan dan tidak lupa juga adegan langsuir yang berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa utara.

Mengekalkan gaya penerbitan filem-filem Red Films yang terdahulu, penggunaan blurb atau caption sepanjang cerita memberikan fahaman yang lebih serta menarik. Ia juga seakan identiti untuk karya terbitan produksi ini yang dari dulu mengekalkan penggunaan teknologi yang sama.

Selain itu bahasa yang digunakan juga bersesuaian dengan bahasa anak muda zaman sekarang, pemilihan pelakon juga boleh dikatakan agak sesuai dan masing-masing berjaya menjiwai watak yang diberi. Fazura yang sememangnya antara penarik filem ini ditampilkan sebagai dirinya sendiri dan watak Cik Lang meninggalkan kesan kepada penulis kerana karektor Langsuir berbahasa utara akan melekat dalam sesiapa yang menonton Kami HIsteria.

Sinopsis

Memaparkan tentang lima orang gadis remaja iaitu Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo yang mempunyai band mereka sendiri yang diberi ‘Kami Histeria’. Misteri terjadi ketika mereka berlima berpindah di sebuah pangsapuri baru tanpa mengetahui bahawa ianya berhantu. Semasa sedang membuat rakaman lagu di rumah tersebut, secara tidak sengaja mereka terakam suara langsuir sedang menyanyi.

Lagu tersebut kemudiannya telah menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke laman YouTube. Sejak kejadian itu, mereka mula berusaha mencari Cik Lang (langsuir) bagi mendapatkan suara Cik Lang untuk dirakamkan.Cik Lang pula sanggup membantu tetap dengan satu syarat iaitu sekiranya lagu mereka menjadi hit, dia akan membuat tuntutan keaatas kejayaan mereka. Tidal lama selepas itu , lagu mereka menjadi hit sehingga tercalon ke anugerah berprestij dan Cik Lang kemudiannya datang menuntut janji mereka.

Cik Lang menuntut supaya mereka membawa Afdlin Shauki ke rumahnya, pada mulanya mereka tidak mahu melibatkan nyawa orang lain tetapi setelah Cik Lang membuat beberapa gangguan yang ngeri, mereka bersetuju dengannya. Namun, mereka terpaksa menentang langsuir tersebut untuk menyelamatkan nyawa Afdlin yang tidak bersalah. Cik Lang telah berjaya dikalahkan oleh mereka.

Kami Histeria

Genre: Komedi Seram

Pelakon Utama: Nur Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, NadZainal, Mila Jirin, Izzue Islam, Adflin Shauki dan memperkenalkan Umie Omar

Pengarah: Shamyl Othman

Penulis Skrip : Rafidah Abdullah

Terbitan: Red Films, Astro Shaw & Marna Films

Tarikh Tayangan: 6 Februari 2014

Comments

  1. Salam Is... sebenarnya Ida hampir terlupa Is ada blog yg ini... Ida hanya remark blog tutorial tu jer.... iskkk...iskkk patut la tunggu punya tunggu... nape la is lambat update entry ni...rupanya banyak kat sini.... iskkkk...iskkk.... ok ida dah masukkan blog Is yang ini dalam bloglist Ida supaya tidak terlupa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida jangan lerr lupakan is pulak lepas nie key?? ? heheheee kalau nak ikutkan is ada banyak blog, yang lain2 untuk cpa.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers