Ana Dahlia Bagai Tak Percaya Tercalon Top 5 Abpbh2013

Ana Dahlia Bagai Tak Percaya Tercalon Top 5 Abpbh2013

Ana Dahlia Bagai Tak Percaya Tercalon Top 5 Abpbh2013

Kejutan besar tetapi paling bermakna buat pelakon drama Ana Dahlia apabila namanya tercalon untuk peringkat lima teratas (top 5) Anugerah Bintang Popular Berita Harian2013 (ABPBH2013).

Lebih tidak menduga buat bekas isteri Chef Rizz itu lagi,apabila namanya telah tersenarai dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular bersama-sama 4 pelakon hebat lain iaitu Fasha Sandha, Neelofa, Raja Ilya dan juga Siti Saleha.

Ditemui portal murai.com.my ketika majlis siding media bagi mengumumkan senarai 5 teratas anugerah berkenaan baru-baru ini, Ana Dahlia yang cantik dalam persalinan minum petang berkata, dia sendiri langsung tidak menjangkakan akan tercalon.

“Ini adalah pertama kali buat diri saya. Malah saya sendiri terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pihak penganjur supaya dapat datang ke majlis ini. Saya bertanya mereka beberapa kali, betulkah saya tercalon.

“Tapi saya datang juga ke majlis hari ini, walaupun tak tercalon sekalipun tapi sudah dapat memeriahkan majlis itu sudah cukup memadai buat saya. Tapi tak sangka pula nama saya disebut,” katanya yang masih terpinga-pinga dengan pencalonan berkenaan.

Kata Ana Dahlia, dia langsung tidak pasti bagaimana namanya telah dipilih sekaligus tercalon ke peringkat lima teratas kategori berkenaan sedangkan kemunculannya di media cetak mahupun elektronik amat kurang.

Namun menurutnya, itu semua berkat hasil kerja kerasnya berlakon siang dan malam dalam drama bersiri mahupun telemovie sepanjang tahun lalu.

“Saya tak pasti drama mana satu yang telah mempopularkan nama saya. Mungkin drama di TV3 atau Astro. Saya tak pasti. Tapi sudah tercalon ini pun sudah kira bersyukur buat saya. Alhamdulillah.

“Memang saya happy sangat, tak tahu macam mana nak tunjukkan kegembiraan saya ini. Terima kasih kepada peminat dan pengundi yang sudi menyokong kerjaya saya selama ini,” katanya yang baru sahaja selesai merakamkan drama arahan Rashid Sibir.

Tambah Ana Dahlia lagi, pengalaman silam telah mengajarnya untuk lebih bekerja keras sebagai seorang pelakon, meskipun sedar dirinya amat jauh daripada sebarang publisiti sebagaimana calon-calon wanita yang lain.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers