27 Program Menarik Tahun Baharu Cina 2014 Di Rtm

27 Program Menarik Tahun Baharu Cina 2014 Di Rtm

27 Program Menarik Tahun Baharu Cina 2014 Di Rtm

Bagi memeriahkan perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meneruskan tradisi dengan hidangan pelbagai program menarik dan berinformasi berbentuk hiburan, dokumentari serta filem dan drama menarik.

Secara keseluruhan sebanyak 27 rancangan terpilih bakal menemui penonton TV1, TV2 dan TVi. Manakala AiFM pula menyediakan enam program khas menemui pendengar setia satu-satunya stesen radio berbahasa Mandarin RTM ini.

Saluran TV1 menampilkan drama-drama, hiburan dan dokumentari khas mengisi slot menarik meraikan Tahun Baharu Cina 2014 iaitu tiga drama, Happy Balik Kampung (1 Februari; pukul 2.00 petang), Semangat Kuda (1 Februari; jam 9.00 malam) dan Rembau Ada Wifi (2 Februari; jam 10.05 pagi).

Berhibur kemudiannya dengan program Alanis Morissette Live @ Montreux 2012 pada 1 Februari; jam 6.00 petang dan Siaran Langsung Planet Joget Akhir pada 2 Februari; jam 9.00 malam sebelum diteruskan dengan dokumentari Ewan McGregor Cold Chain Mission dua hari berturut-turut pada 31 Januari dan 1 Februari; jam 4.05 petang.

Menerusi saluran TV2, program khas Siaran Langsung Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina bakal bersiaran dari Taiping, Perak menemui penonton jam 9.00 malam.

Saksikan juga drama bertajuk Hati Yang Tahu terbitan Unit Drama TV RTM pada 4 Februari; jam 10.00 malam. Tujuh buah filem menarik bermula Kungfu Chefs (30 Januari; jam 10.00 pagi), A Battle of Wits (30 Januari; pukul 10.00 malam), Kungfu Cyborg : Metallic Attraction (31 Januari; jam 2.00 petang), Lets The Bullets Fly (31 Januari; jam 10.00 malam), The Lady Iron Chef (1 Februari; jam 10.00 pagi), The Three Swordsmen (1 Februari; jam 2.00 petang) dan Wu Wen (3 Februari; jam 10.00 pagi).

Sebagai melengkapkan lagi rancangan khas di TV2, saksikan muzikal Falling Into You (31 Januari; jam 9.00 pagi), candawara We Are The Winner (2 Februari; jam 6.30 petang), majalah Dunia Feng Shui 2014 (30 Januari; jam 6.00 petang), Miss Tourism International (2 Februari; pukul 10.00 malam), komedi istimewa Perfect Match (31 Januari dan 1 Februari; jam 7.00 malam).

Istimewa untuk golongan cilik program Ren Jian CNY / Ming Jian CNY (31 Januari dan 1 Februari; jam 7.30 pagi) dan Happy Childhood (31 Januari dan 1 Februari; jam 8.30 pagi).

Tiga program khas mewarnai siaran TVi menerusi drama bertajuk Sebatang Pensil Sebiji Oren pada 1 Februari; jam 12.00 tengahari yang menampilkan lakonan Chew Kin Wah, Tria Aziz dan Ramasundram.

Ia mengisahkan hubungan Randah dengan Uncle Lim yang bermula apabila Randah memulangkan pensel laser dicurinya daripada kedai Lim.

Penonton turut diajak berhibur dengan dua buah muzikal pada 31 Januari bertajuk Fortune Hunter 2 jam 2.00 petang dan Year of The Golden Horse 2014; jam 10.00 malam.

Program khas Tahun Baharu AiFM bersiaran menemui pendengar empat hari berturut-turut mulai 30 Januari hingga 2 Februari.

Antara program menarik iaitu pada Hari Pertama Tahun Baharu Cina, Gongxi gongxi; jam 9.00 hingga 10.00 pagi, DJ AiFM akan menelefon DJ dari Beijing, Hong Kong, Taiwan dan Singapura berbual mengenai suasana perayaan Tahun Baharu Cina di negara masing-masing.

Dengarkan juga program Ai Xin Nian, persembahan pentas hiburan sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang merupakan antara jenama AiFM yang mendapat sambutan hangat daripada peminat stesen setiap tahun ia diadakan.

Pentas hiburan juga turut dikongsi ikon-ikon AiFM untuk menonjolkan bakat mereka. Rakaman program Ai Xian Nian ini akan disiarkan pada 2 Februari; jam 9.00 malam. Luangkan masa sepanjang perayaan ini dengan menonton program khas RTM.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers