Salamiah Hassan Terkilan Kassim Masdor Tak Dapat Tengok Konsertnya!

Salamiah Hassan Terkilan Kassim Masdor Tak Dapat Tengok Konsertnya!


Salamiah Hassan yang digelar The Voice di dalam industri muzik tempatan akui terkilan apabila komposer veteran itu tidak berpeluang untuk menyaksikan konsert sulungnya, Konsert Gelombang Salamiah Hassan yang diadakan di Panggung Sari Istana Budaya pada 10, 11 dan 12 Januari 2014 yang lalu.

Kata Salamiah Hassan, menerusi maklumat yang diterima daripada wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood atau Kak Bam, komposer veteran tersebut memang sudah bercadang untuk datang menyaksikan konsert sulungnya itu.

"Kata Kak Bam, dia (Kassim) sudah pun membeli tiket bas atau kapal terbang daripada Singapura untuk datang ke Kuala Lumpur.Tapi, pada saat-saat akhir, dia terpaksa membatalkan perjalanannya itu kerana jatuh sakit.

"Terkilan juga saya kerana tidak dapat berjumpa dengan dia kerana dia adalah komposer lagu Gelombang. Tapi, bila ada perancangan untuk membawa konsert ini ke Esplanade, Singapura pada pertengahan tahun ini nanti, saya fikir mungkin di sana saja nanti saya akan berjumpa dengan dia.

"Tapi, nampaknya hasrat saya itu tetap tidak kesampaian jua dan berita kematian arwah bagi saya cukup menyedihkan. Terfikir juga untuk terbang ke Singapura bagi memberi penghormatan terakhir buat arwah.

"Tapi, tiada pula flight waktu pagi. Yang ada tengahari dan kalau pergi ke sana, jenazah arwah telah dikebumikan. Lagi satu, saya pun ada komitmen kerja pada sebelah malam," katanya kepada murai.com.my.

Apapun, kata Salamiah Hassan, dia amat berterima kasih kepada Kassim Masdor kerana telah memilihnya untuk membawakan lagu Gelombang dalam filem Tiada Esok Bagimu.

"Bagi saya lagu itu hit bukan kerana saya yang menyanyikannya semata-mata tetapi juga kerana komposisinya serta liriknya yang ditulis oleh Kak Bam.

"Malah, filem, jalan cerita dan barisan pelakonnya juga adalah antara faktor mengapa lagu Gelombang itu berjaya hingga sekarang," katanya lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers