Ida Nerina & Omar Sharif Pencetus Utama Perfume Ning
Sudah dilancarkan pada Oktober tahun lalu, haruman pertama penyanyi popular Ning Baizura, NING nampaknya semakin menjadi sebutan ramai apabila ianya bakal dipasarkan di Singapura tidak lama lagi.
Masih dalam perancangan untuk menuju ke arah itu, Ning yang ditemui ketika majlis makan malam bersama-sama wakil media dan pihak Valliram Group malam tadi berkata, edisi pertama harumannya itu telah mendapat sambutan amat menggalakkan.
Kini dia dan pasukannya bakal memperkasakan langkah promosi di beberapa lokasi tertentu bagi memastikan haruman sulungnya yang berharga RM159 (100 ml) itu uterus menjadi pilihan ramai terutama golongan wanita.
Namun kata Ning Baizura, kemunculan harumannya itu tidak akan berjaya sekiranya tiada dua individu yang telah banyak membantu merealisasikan impiannya menjadi kenyataan iaitu suami tercinta Omar Sharif dan juga sahabatnya Ida Nerina.
Menurut Ning, suaminya adalah individu yang bersungguh-sungguh bagi memastikan dirinya tampil dengan haruman sendiri meskipun mengambil masa hampir dua tahun untuk direalisasikan.
“Saya sangka untuk melahirkan sebuah album itu sukar, tapi rupa-rupanya menghasilkan haruman ternyata lebih sukar. Suami sayalah yang banyak mendorong dan membantu saya sehingga haruman NING ini lahir.
“Kalau nak tahu, reka bentuk botol ini telah direka sendiri oleh suami saya. Dia yang lukis sendiri, daripada bentuk bulat ke lonjong dan kami telah hadir dalam 20 rekaan botol sehinggalah apa yang anda dapat lihat sekarang ini.
“Suami saya juga yang telah mengilhamkan logo bentuk bibir ini kerana kami tak mahu terlalu memaparkan sebutan NING kerana kami mahukan sesuatu yang ringkas tetapi menarik dipandang mata. Jadi inilah hasilnya,” kata Ning.
Haruman NING boleh didapati di pusat beli-belah Parkson di Pavilion, Selayang, Seremban, Melaka Mall, Kota Bharu dan The Store Pacific Sungai Petani.
Kini ianya turut boleh didapati dikaunter haruman di The Flying Emporium, Duty Free Flying Emporium, Dimenci LCCT, Emporium LCCT dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
Tambah Ning Baizura lagi, dia dan juga suami telah bertungkus lumus memastikan botol harumannya supaya tampak classy. Dari pemilihan warna hitam dan emas sehinggalah ke perimgkat pemilihan penutup botolnya.
Namun jelas Ning, impiannya itu juga tidak akan menjadi kenyataan jika tiadanya Ida Nerina yang telah bertanggungjawab melahirkan iklan harumannya itu.
“Saya amat berbesar hati apabila Ida Nerina bersetuju untuk menghasilkan iklan komersial haruman saya ini.
Saya juga berbesar hati kerana ini adalah usaha pertama Ida Nerina dalam menerbitkan iklan komersial daripada syarikatnya sendiri.
“Banyak perbincangan yang telah kami jalankan termasuklah dalam melahirkan tag line haruman ini di dalam iklan berkenaan. Ida Nerina jugalah yang telah mengusulkan beberapa babak menarik termasuk tidak mahu terlalu ‘hard sale’ apabila ianya ditayangkan nanti.
“Inilah kebaikan bila ada seorang aktres seperti Ida Nerina yang mengarahkan iklan saya kerana dia telah menyuruh saya menyebut beberapa kali dialog supaya ianya nampak meyakinkan, bukan sekadar melepas batuk di tangga,” katanya.
Ning Baizura dan pasukannya akan menjelajah beberapa bandar utama di seluruh negara seperti Kota Kinabalu dan Pulau Pinang bagi mempromosikan haruman NING termasuk ambum terbarunya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.